Ahmad Idham tak setuju Pengarah masukkan unsur soft p**n dalam drama atau filem untuk pancing penonton - The Reporter

Ahmad Idham tak setuju Pengarah masukkan unsur soft p**n dalam drama atau filem untuk pancing penonton

Pengarah terkenal, Ahmad Idham tidak bersetuju dengan tindakan pengarah yang meletakkan unsur soft p**n dalam sesebuah drama bagi meraih tontonan ramai.

Jelasnya, setiap pengarah harus faham setiap tanggungjawab sosial terhadap masyarakat. Adegan yang dipertontonkan dianggap terlalu sensitif dan tidak sesuai untuk dipertontonkan untuk rakyat Malaysia dimana majoritinya beragama Islam.

“Bagi saya mereka ini kalau dah tiada idea nak pancing penonton, dibuat kontroversi murahan macam itu.

“Tanggungjawab pengarah berikan satu impak positif kepada masyarakat,” katanya.

Idham turut menjelaskan, sebagai pembikin filem pengarah perlu meletakkan diri sebagai identiti rakyat Malaysia bukan dengan meniru budaya luar.

“Kalau kita sendiri tak protect identiti kita, kita sibuk nak tiru orang, akhirnya kita jugak tergolong dalam kancah permainan agenda penyebaran benda yang bercanggah dengan agama kita,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Idham turut mengakui pernah meletakkan unsur seksis dalam beberapa filem arahannya sebelum ini, namun dia menegaskan tidak menjurus kepada unsur soft p**n.

Sumber: mStar Online

Tak nak ketinggalan berita terkini? Sertai kami di Facebook, Instagram, X (Twitter), Telegram, WhatsApp dan Threads!

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!