Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Amalan menuntut elaun kerja lebih masa secara palsu bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah dianggap rezeki tidak halal yang mencalar integriti penjawat awam. Sikap sebegini akhirnya menyeret seorang pegawai pihak berkuasa tempatan ke mahkamah.
Menurut laporan Kosmo! Online, seorang penolong pegawai penilaian Majlis Daerah Labis, Muhammad Fakhrurazie Abd. Razak, 32, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas 24 pertuduhan menipu elaun kerja lebih masa berjumlah RM17,548.80.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mengemukakan tuntutan palsu menggunakan nama lapan individu berbeza antara Oktober hingga Disember 2022 tanpa pengetahuan mereka.
Baca juga:
- Pendakwaan: Mahkamah Rayuan terkhilaf ketika ketepikan sabitan Syed Saddiq
- Tular harga 2 minuman RM10, KPDN Melaka beri ‘hint’
- Ibu serah dua remaja kepada polis selepas rosakkan perpustakaan sekolah, rugi RM235,000
Semua kesalahan itu dikatakan berlaku di pejabat majlis daerah berkenaan ketika tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin tempatan. Dua syarat tambahan turut dikenakan, iaitu menyerahkan pasport antarabangsa serta melapor diri di pejabat SPRM Segamat setiap bulan.
Kes dijadual disebut semula pada 30 Oktober depan bagi penyerahan dokumen berkaitan.