Zynakal luah rasa kecewa isu lagu AI, harap karya artis tempatan lebih dihargai | The Reporter

Zynakal luah rasa kecewa isu lagu AI, harap karya artis tempatan lebih dihargai

Zynakal atau Muhammad Raziq Rosli ketika membuat kenyataan mengenai isu lagu AI dalam industri muzik tempatan
Gambar: Instagram Zynakal

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Penyanyi, Zynakal atau Muhammad Raziq Rosli, meluahkan pandangan mengenai fenomena lagu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang semakin tular dalam industri muzik tempatan.

Kenyataan itu dibuat sebagai reaksi terhadap laporan mStar yang menyebut mengenai perkembangan pempengaruh, Azlan The Proton-Type yang dijangka akan menghasilkan karya kedua selepas lagu pertamanya mencetuskan perhatian ramai di media sosial.

Zynakal dalam hantaran di Thread menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang isu peribadi dengan mana-mana pihak, namun menyuarakan kebimbangan apabila karya AI yang menjadi viral dilihat lebih mendapat sambutan berbanding usaha pemuzik sebenar.

“Aku takda beef dengan dia cuma jangan la disebabkan dia viral pakai lagu AI terus nak anggap dia musisi habistu yang kita anak seni ni nak buat apa? jual kereta?

“Hargai orang yang real buat music kat Malaysia ni. Mamat tu jual kereta kau pergi tunggu next single dia?

Baca juga:

Menurutnya, situasi itu sedikit sebanyak memberi cabaran kepada anak seni tempatan yang sudah lama berkarya.

“Aku buat lagu Sakit, Sendiri & Dalam Diam hujung hujung orang support lagu AI, kau rasa?” soalnya.

Related Posts