Zelenskyy risau krisis Israel-Iran jejas bantuan ketenteraan ke Ukraine | The Reporter

Zelenskyy risau krisis Israel-Iran jejas bantuan ketenteraan ke Ukraine

Volodymyr Zelenskyy dalam sidang media rasmi di Ukraine
Zelenskyy bimbang bantuan ketenteraan ke Ukraine terjejas akibat tumpuan dunia terhadap krisis Israel-Iran

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


• Zelenskyy harap bantuan ketenteraan tidak terjejas akibat konflik Israel-Iran
• Serangan ke atas Iran dikatakan naikkan harga minyak dan untungkan Rusia
• Ukraine harap pengaruh Iran dalam membekal senjata ke Rusia akan terjejas

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy bimbang krisis antara Israel dan Iran yang semakin memuncak boleh menjejaskan bantuan ketenteraan ke negaranya, terutama daripada Amerika Syarikat dan sekutu Eropah. Katanya, konflik global sebelum ini pernah memperlahankan sokongan kepada Ukraine.

“Kami berharap bantuan kepada Ukraine tidak akan berkurang kerana perkara ini. Kali terakhir, situasi sebegini memperlahankan bantuan ketenteraan kepada kami,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan pada Sabtu lalu.

Serangan Israel ke atas Iran pada Jumaat lalu menyasarkan kemudahan nuklear dan ketenteraan termasuk pegawai tertinggi dan saintis atom, mencetuskan kebimbangan perang berskala besar serta mendorong kenaikan mendadak harga minyak dunia.

Krisis ini beri kelebihan atau beban kepada Ukraine?

Zelenskyy berkata, kenaikan harga minyak memberi kelebihan kepada Rusia, musuh utama Ukraine dalam perang yang berlarutan sejak 2022.

“Serangan ini menyebabkan harga minyak naik mendadak. Ini tidak baik untuk kami,” katanya.

Namun dalam nada berbeza, Zelenskyy melihat kemungkinan konflik itu memberi kelebihan kepada Ukraine sekiranya serangan Israel menjejaskan kemampuan Iran membekalkan senjata kepada Rusia, termasuk dron yang sering digunakan dalam perang.

Beliau juga melahirkan kebimbangan terhadap sikap teragak-agak Eropah dalam memberi sokongan jika Amerika Syarikat mengurangkan penglibatan. Bagi Zelenskyy, sokongan kukuh dari Barat amat bergantung kepada peranan Washington.

Dalam masa yang sama, beliau berharap dapat bertemu Presiden AS, Donald Trump dalam masa terdekat bagi membincangkan cadangan mengenakan had harga ke atas eksport minyak Rusia. Zelenskyy turut menggesa Amerika agar tidak bersikap terlalu lunak terhadap Moscow.

“Nada mereka dengan Rusia terlalu mesra. Ia tidak membantu menamatkan perang,” ujarnya. – Agensi

Related Posts