'What goes online stay online, beri kesan mental health anak' - Dr Malar - The Reporter

‘What goes online stay online, beri kesan mental health anak’ – Dr Malar

Kerjaya merupakan aspek terpenting dalam menentukan kehidupan individu. Oleh yang demikian, pokok utama ke arah kerjaya yang stabil adalah bermula dari pendidikan. Bagaimanapun, generasi sekarang dilihat tidak mementingkan kedua-dua aspek tersebut.

Melihat situasi ini, seorang pegawai perubatan yang juga merupakan seorang pempengaruh, Dr Malar menyatakan sebagai ibu bapa perlu menerapkan dalam jiwa anak-anak tentang kerjaya pada masa hadapan.

@yegacademy

MODERN PARENT?! Ada apa dengan Modern Parent ni? Penting sangat ke Parenting zaman sekarang ni🤔 Ah, jom dengar apa Dr Malar nak kata tentang Modern Parent ni. Nak dengar Full Podcast Episode Kali ini? Jangan lupa aktifkan Notification di Youtube YEG Academy tau Khamis ni. #shouldbeme #kerjaya #jangansalahpilihbidang #yeg #belajarteruskerja #learnontiktok #tiktokguru #borakkerjaya #podcastyeg #podcast #fypシ゚viral #yegacademy

♬ original sound – YEG | Belajar Terus Kerja – Jom Belajar Terus Kerja | YEG

“Sebagai ibu bapa kena selalu cakap dengan anak-anak tentang kerjaya dan masa depan. Tapi jangan sampai memaksa.

“Ibu bapa perlu support anak-anak tentang apa yang dipilih mereka dengan kerjaya yang bersesuaian,” katanya.

Beliau turut mengetengahkan maksud disebalik kejayaan individu. Katanya, kejayaan dicapai apabila individu menjadi seorang yang berilmu dan dihormati. Dia turut berkongsikan tentang ibunya yang merupakan seorang suri rumah yang berjaya mendidik anak-anak sehingga memiliki kerjaya dalam bidang profesional.

Dalam pada itu, Dr Malar turut menyentuh isu mengenai konten terkini yang banyak memaparkan isu negatif yang mengundang kritikan netizen terutama sekali konten yang dimuat naik oleh wanita.

@yegacademy

“WHAT GOES ONLINE STAY ONLINE?!” Perkara yang berlaku dalam talian kena biarkan di dalam talian🤔 apa tu? Korang faham ke? Apa lagi, jom dengar apa Dr Malar nak kata tentang benda ni. Nak dengar Full Podcast Episode Kali ini? Jangan lupa aktifkan Notification di Youtube YEG Academy tau Khamis ni. #shouldbeme #kerjaya #jangansalahpilihbidang #yeg #belajarteruskerja #learnontiktok #tiktokguru #borakkerjaya #podcastyeg #podcast #fypシ゚viral #yegacademy

♬ original sound – YEG | Belajar Terus Kerja – Jom Belajar Terus Kerja | YEG

“Trend yang menjatuhkan maruah anda sebagai wanita dan isteri. Sebagai perempuan, kita kena jaga diri kita untuk ayah, suami dan untuk anak-anak. Anak ni penting. Bila dah besar tengok balik benda yang mak dia buat, boleh berikan kesan pada memori semasa kanak-kanak dan juga kesihatan mental.

“Benda terakhir yang seorang ibu nak buat adalah bagi mental trauma kepada anak.

“Sebagai seorang pempengaruh, kena jaga perwatakan, pemakaian, pertuturan sebab kita tak nak orang disekeliling anak akan mengecam atas perbuatan kita,” katanya.

Tambahnya lagi, apa yang berlaku bukan kerana kewangan atau terkenal tetapi apa yang berlaku dalam talian tetap kekal disitu.

“Ia tentang siapa diri anda 10 hingga 20 tahun akan datang,” katanya.

Sumber: YEG Academy

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!