Wanita muda dibunuh, kerana selalu tayang kemewahan di media sosial - The Reporter

Wanita muda dibunuh, kerana selalu tayang kemewahan di media sosial

Kota Jambi, Indonesia – Mayat seorang wanita berusia 30 tahun ditemui di dalam almari bilik sewanya pada malam Rabu, 25 September lalu.

Mayat mangsa, Resti Widia, ditemui dalam keadaan kedua-dua tangannya diikat di belakang dan disembunyikan dengan pakaian dalam almari.

Penemuan mayat mangsa mengundang persoalan dan menjadi kes yang mendapat perhatian daripada masyarakat setempat. Beberapa saksi termasuk ahli keluarga mangsa dan pemilik rumah telah dipanggil untuk dirakam keterangan.

Polis percaya, kes pembunuhan Resti berkemungkinan berkaitan dengan rutin mangsa yang kerap berkongsi wang dan barang kemasnya di media sosial.

Kes masih dalam siasatan dan usaha memburu suspek sedang dijalankan.

Minggu lalu, seorang lelaki maut dibunuh sekumpulan perompak dalam kejadian di Bogor, Jawa Barat. Beberapa lagi ahli keluarga yang lain turut mengalami kecederaan.

Siasatan awal polis mendapati kejadian rompakan itu berlaku berkemungkinan disebabkan oleh isteri mangsa yang sering berkongsi video live di TikTok menunjukkan pembinaan rumah mewah dan barang hiasan dalam rumah mereka. – Agensi

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!