Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita yang menggelar dirinya sebagai ‘Ratu Sedunia’ mendakwa dia adalah pewaris kerajaan Surya Loka Langit, serta berhak mencairkan warisan (menukar harta pusaka kepada wang atau aset lain yang boleh digunakan) di 17 negara, termasuk Indonesia.
Menurutnya, warisan itu berasal daripada anaknya, yang dikatakan menyerahkan berlian seberat 57 kilogram kepada Ibu Pertiwi (simbolik kepada negara Indonesia) pada tahun 1957.
Wanita itu turut mengaitkan dirinya dengan Ir. Soekarno dan mendakwa istilah “RI 1” bukan merujuk kepada presiden, tetapi kepada Ibu Pertiwi. Dia juga menyatakan dana peninggalan zaman dahulu dipegang oleh Jerman dan mendakwa perjanjian merah putih mempunyai makna khas berkaitan hubungan negara-negara di dunia.
Selain itu, dia menuduh bekas pemimpin negara, Susilo Bambang Yudhoyono dan Joko Widodo, tidak mematuhi peraturan antarabangsa dalam pencetakan wang. Oleh itu, dia enggan menandatangani sebarang dokumen berkaitan perkara tersebut.
“Saya tidak mahu menandatangani urusan Joko Widodo dan Susilo Bambang Yudhoyono kerana mereka tidak mematuhi peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Mereka sudah mengambil wang dan mencetak wang baharu, kemudian meminta tandatangan saya,” katanya.
Dia turut mendakwa Amerika Syarikat telah mencetak wang melebihi had yang dibenarkan. Selepas menyelesaikan urusannya di beberapa negara, dia kembali ke Indonesia untuk melengkapkan misinya.
“Saya tidak mahu mengkhianati anak cucu saya di muka bumi, terutamanya di Indonesia. Negara-negara lain sudah saya selesaikan sebelum saya kembali ke Indonesia,” katanya.
Sumber: Fakta.Indo