Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Viral di media sosial sejak Selasa lalu, video amatur yang menunjukkan sepasang kekasih sedang disiram dengan air longkang, lapor Tribun News.
Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan para penduduk yang bertindak secara melulu dan mengambil tindakan sendiri untuk menghukum pasangan berkenaan.
“Biar polis buat kerja mereka, orang awam tidak perlu nak menghukum orang lain. Negara kan ada undang-undang,” kata Nick Arffiq.
“Macamlah diri mereka semua itu sempurna sangat sehingga sanggup melakukan orang lain seperti itu. Yang melakukan perbuatan itu juga bersalah dan berdosa berkali ganda,” kata Farah Izzaty.
“Kalau tak silap, sememangnya menjadi adat turun temurun mereka, sesiapa yang ditangkap basah akan dimandikan dengan air longkang,” kata Are Cap.








