Kedegilan seorang rakan yang beria-ria mengajak mereka pergi melihat banglo yang dikatakan berhantu di Seksyen 12 itu mengundang padah apabila munculnya ‘benda’ yang tidak diingini di depan mata. Menyangka kejadian penampakan itu berakhir di situ, ternyata mereka tersilap apabila ‘benda’ itu mengekori dan menganggu mereka sehingga ke rumah rakan-rakan perempuan mereka.
Janganlah melakukan perkara yang sia-sia, kelak mengundang padah seperti apa yang berlaku pada sekumpulan pelajar universiti ini. Tiada keperluan untuk mencari makhluk berkenaan, sebaiknya jauhkan diri dan sentiasa berdoa kita dijauhkan dari makhluk itu dan dilindungiNya.
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. Tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.