Pengasas jenama HYGR, Ivor Lim Xian Z tampil menjelaskan kekeliruan susulan satu hantaran di platform Threads yang tular berkaitan lawatan beliau ke RIMBA Jungle Boardwalk di KLIA Terminal 1.
Menurut kenyataan tersebut, beliau menegaskan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang mendakwa Malaysia sebagai negara yang lemah, ketinggalan atau tidak mampu menghasilkan pengalaman bertaraf dunia seperti yang didakwa oleh hantaran berkenaan.
Beliau turut mendakwa video yang tular itu telah disunting, dengan beberapa bahagian penting perbualan dipotong sehingga mewujudkan naratif yang mengelirukan serta tidak menggambarkan pandangan sebenar beliau.
“Video yang sedang tular ketika ini telah disunting secara terpilih, dengan beberapa bahagian penting perbualan dipotong sehingga mewujudkan naratif yang mengelirukan dan tidak menggambarkan pandangan sebenar saya,” katanya.
Ujar beliau, keadaan itu telah menimbulkan persepsi negatif seolah-olah beliau mengkritik Malaysia atau RIMBA Jungle Boardwalk di Kuala Lumpur International Airport Terminal 1, sedangkan perkara tersebut bukan niat asalnya.
Beliau menjelaskan bahawa tujuan perbualan adalah untuk membincangkan pengalaman pelanggan serta ruang penambahbaikan secara membina, bukan untuk memperlekeh mana-mana pihak atau perniagaan tempatan.

Baca juga:
- Pengasas HYGR dakwa video disunting, nafi gambarkan Malaysia negara ketinggalan
- Misteri kehilangan tujuh tahun terungkai, wanita ditemukan selamat di Langkawi
- Selepas sedekad berniaga, Das Abdul umum tamatkan operasi gudang
Sebagai usahawan tempatan, beliau menegaskan komitmen untuk terus menyokong pembangunan jenama Malaysia serta mengalu-alukan maklum balas sebagai sebahagian daripada proses penambahbaikan industri.
“Saya sentiasa berbangga menyokong serta membangunkan jenama tempatan, dan percaya bahawa maklum balas yang membina adalah penting untuk membantu industri kita terus berkembang dan menjadi lebih baik,” jelasnya.
Dalam pada itu, beliau memohon orang ramai merujuk kepada konteks penuh sebelum membuat sebarang kesimpulan, selain memaklumkan bahawa beliau kini mendapatkan nasihat undang-undang bagi melindungi reputasi diri dan jenama HYGR.









