Tersilap pilih mangsa, peragut menjerit dan menangis apabila tangan kanannya dikunci oleh mangsa yang merupakan pengamal seni mempertahankan diri, jujitsu.
Dalam kejadian 13 November lalu di bandar Manaus, Brazil, suspek, Magdeel da Silva, 18, bersama dengan rakannya menaiki motosikal cuba meragut telefon bimbit Sabrina Leites, 22, ketika dia sedang membuka pagar ke bilik kakaknya.
Bagaimanapun suspek gagal berbuat demikian apabila mangsa bertindak melawan. Rakannya sempat melarikan diri, tetapi Magdeel pula menerima nasib sebaliknya apabila jiran Sabrina yang ternampak kejadian itu terus melanggar Magdeel.
Sabrina kemudian menggunakan teknik jujitsu untuk menghalang Magdeel dari melarikan diri. Suspek menjerit berulang kali “Cukuplah, cukuplah!” dan keadaan berterusan selama 20 minit sebelum polis tiba di tempat kejadian.
Kejadian itu turut dirakam oleh orang awam dan video itu kemudian viral di media sosial.
“Saya dapat rasakan mereka tidak mempunyai senjata, mereka datang dan meminta saya serangkan telefon pintar.
“Bila saya nampak mereka tak bawa sebarang senjata, saya terus bertindak. Jika mereka bersenjata, tidak mungkin saya mengambil risiko itu,” katanya yang juga berharap suspek akan mengingati kejadian itu dan tidak mengulangi perbuatannya lagi.
Magdeel kini ditahan dan akan didakwa atas tuduhan cubaan merompak.
Sumber: Next Shark, Harian Metro