(Video) 'Aku cuma nak tahu apa rasa daging babi' - Wanita Indonesia selamba makan daging babi demi content di TikTok - The Reporter

(Video) ‘Aku cuma nak tahu apa rasa daging babi’ – Wanita Indonesia selamba makan daging babi demi content di TikTok

Seorang wanita yang juga TikToker Indonesia mengakui dirinya telah menjamah daging babi bermula dari usia 25 tahun. 

Video pengakuan wanita dikenali sebagai Lina Mukerji itu tular di media sosial baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi netizen yang mengecam perbuatannya itu menimbulkan persepsi negatif terhadap Islam. 

“Jadi hari ini aku langgar rukun iman dan sudah pasti status agama dalam kad pengenalan aku dicabut. Tapi aku cuma ingin tahu kerana di TikTok ia nampak rangup. 

“Tapi bila nak makan, kenapa aku rasa meremang ye? Kelmarin dah makan dagingnya, biasa-biasa je. Dah berapa kali eh makan? Rasanya dah tiga kali.

“Pertama kali di Sri Lanka dan waktu itu aku tak sengaja makan babi sebab aku tak pandai berbahasa inggeris, tak faham ‘pork’ itu apa. Aku ingatkan ‘pok-pok’ (tepuk). Waktu itu aku berusia 24 tahun. 

“Bila dah habis makan babi, aku bertanya pada bekas teman lelaki di mana masjid. Dia pun macam, ‘Dah makan babi, tanya pula masjid kat mana’. 

“Kali kedua semasa di event non muslim dan yang ketiga ini, secara sedar. Cuma nak tahu apa rasanya babi rangup. Ya Allah, habislah aku,” katanya. 

Selepas menjamah daging babi itu, wajah Lilu berubah dan dia mengakui daging babi itu tidaklah sesedap seperti yang diperkatakan ramai di TikTok. 

“Kenapa rasanya macam ni eh? Rasa macam daging sapi dijemur (salai), yang keras. Tak sedap seperti mana yang diceritakan dalam TikTok. 

“Ya Allah, takut ada yang masuk ke klinik kesihatan. Kepada keluarga aku, maafkan aku ya. Ini cuma konten sahaja,” katanya. 

Di ruangan komen, ramai yang menyelar perbuatannya itu dan meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap Lilu. 

Sumber: TikTok

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!