Kalau bercakap tentang melancong di Malaysia, satu perkara yang pasti akan menjadi topik utama adalah makanan. Dari nasi lemak di Kuala Lumpur, nasi dagang di Pantai Timur sehinggalah hidangan unik di Sabah dan Sarawak, setiap negeri mempunyai identiti rasa tersendiri yang membuatkan ramai pelancong sanggup datang berkali-kali.
Sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, Grab tampil dengan satu cara yang lebih mudah untuk membantu pelancong dan rakyat tempatan mencari makanan yang betul-betul berbaloi untuk dicuba. Bukan berdasarkan pendapat seorang dua individu, tetapi melalui pilihan dan penilaian daripada jutaan rakyat Malaysia sendiri.
Rakyat Malaysia Jadi ‘Food Guide’ Anda

Mencari kedai makan yang sedap ketika berada di tempat baharu kadangkala boleh menjadi satu cabaran. Ada yang viral tetapi biasa-biasa sahaja, ada juga hidden gems yang ramai masih belum tahu.
Sebab itulah, Grab memperkenalkan GrabFood 5-Star Eats, sebuah panduan makanan digital yang menghimpunkan restoran dan kedai makan tempatan yang mendapat penilaian tinggi daripada pengguna GrabFood di seluruh negara.

Lebih menarik, panduan ini turut mendapat pengiktirafan daripada Tourism Malaysia, menjadikannya antara rujukan yang boleh dipercayai untuk pelancong yang ingin merasai pengalaman makanan tempatan yang asli.
Daripada restoran warisan yang sudah bertapak sejak puluhan tahun hinggalah kepada lokasi kegemaran penduduk setempat, semuanya boleh ditemui dalam satu platform yang mudah diakses menerusi aplikasi Grab.
Dari Kuala Lumpur Hingga Sabah, Banyak Port Makan Menarik Menanti

Untuk menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026, Grab turut bekerjasama dengan personaliti dan pencipta kandungan tempatan untuk memaparkan keunikan budaya serta makanan dari pelbagai negeri.
Antara yang mencuri perhatian ialah siri Rakan Grab Jelajah Malaysia yang dihoskan oleh Shahril Hamdan menerusi KS Lagi. Siri tiga episod ini membawa penonton meneroka budaya, destinasi dan tentunya makanan popular di Kuala Lumpur, Terengganu dan Sabah.
Melalui siri ini, beberapa lokasi yang turut tersenarai dalam GrabFood 5-Star Eats diketengahkan, antaranya:
- Village Park Restaurant
- Hameediyah Restaurant (Jalan Bukit Bintang)
- Restoran Mat Binjai (Jalan Sultan Sulaiman)
- Borenos Fried Chicken (Asia City)
- A1 Chicken Rice (Lintas Plaza)
Lokasi-lokasi ini bukan sahaja terkenal dalam kalangan penduduk tempatan, malah menjadi antara destinasi wajib cuba bagi pelancong yang ingin merasai citarasa Malaysia yang sebenar.
Sofyank Bawa Penonton ‘Travel’ Seluruh Malaysia Dengan Cara Kreatif

Selain siri jelajah bersama Shahril Hamdan, Grab turut bekerjasama dengan pencipta kandungan terkenal, Sofyank, yang menghasilkan Video Kembara Malaysia Video Kembara Malaysia menggunakan efek CGI untuk membawa penonton menjelajah pelbagai destinasi, budaya dan makanan di Malaysia.
Video ini memaparkan bagaimana setiap negeri mempunyai keunikan tersendiri yang menjadikan Malaysia sebuah destinasi yang kaya dengan pengalaman menarik.
Gabungan elemen visual yang kreatif bersama keindahan lokasi dan makanan tempatan berjaya menunjukkan mengapa Malaysia terus menjadi antara destinasi pelancongan yang unik di rantau ini.
Dalam pada itu, baru-baru ini Grab Malaysia turut mengadakan tayangan eksklusif Rakan Grab Jelajah Malaysia yang menampilkan salah satu episod daripada RGJM dan karya CGI terbaru Sofyank.
Rakan Grab Turut Bersedia Menyambut Pelancong
Usaha Grab dalam menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026 tidak terhenti setakat makanan sahaja.
Malah, beberapa Rakan Grab turut mengikuti Kursus Mesra, sebuah program latihan yang disediakan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Program ini membantu golongan barisan hadapan termasuk pemandu e-hailing untuk memberikan pengalaman yang lebih mesra, selesa dan positif kepada pelancong yang berkunjung ke Malaysia.
Inisiatif ini sekaligus memastikan pelancong bukan sahaja dapat menikmati makanan yang hebat, malah menerima layanan yang baik sepanjang perjalanan mereka.
Promosi Khas Untuk Pelancong Antarabangsa

Bagi pelancong antarabangsa yang datang ke Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, Grab turut menawarkan Visit Malaysia 2026 Travel Pass dalam aplikasi Grab.
Melaluinya, pelancong boleh menikmati pelbagai promosi dan penjimatan untuk perjalanan GrabCar serta tempahan GrabFood sepanjang mereka berada di Malaysia.
Secara tidak langsung, ia membantu menjadikan pengalaman meneroka negara ini lebih mudah, selesa dan berpatutan.
Dah Tahu Nak Makan Kat Mana?
Jika anda merancang percutian dalam negara atau sedang menyusun itinerari untuk tetamu dari luar negara, jangan lupa untuk membuka aplikasi Grab dan meneroka GrabFood 5-Star Eats.
Panduan makanan ini memudahkan anda mencari restoran dan kedai makan pilihan rakyat Malaysia sendiri, sambil menikmati pengalaman menjelajah negara yang lebih autentik.
Untuk mengetahui lebih lanjut, layari: https://www.grab.com/my/campaign/grab5stareats/
#GrabBersamaMalaysia #VMY2026 #RakanGrabJelajahMalaysia








