Dah biasa main dengan geng? Kali ni, apa kata challenge diri dan cuba pula suasana tournament! Uji skill dengan pemain lain, tambah pengalaman dan siapa tahu, mungkin korang yang bakal bawa pulang hadiah.
Menerusi The Social Serve Kidsnergy Pickleball Tournament, kaki pickleball boleh beraksi selama tiga hari dari 16 hingga 18 Oktober 2026 di PLAYA Racquet Club @ PARC Subang.
Menariknya, kejohanan ini bukan untuk pemain muda sahaja. Kategori dewasa pun ada, lengkap dengan hadiah wang tunai dan hadiah produk daripada penaja yang pastinya boleh buat korang lagi semangat nak daftar.
Kaki Pickleball Dewasa, Ini Kategori Untuk Anda!

Untuk pemain dewasa, terdapat dua kategori yang boleh disertai iaitu Adult Categories 7.0 dan Adult Categories 5.8. Kedua-duanya menawarkan format Men’s Doubles, Women’s Doubles dan Mixed Doubles, jadi bolehlah mula cari partner masing-masing.
Kalau selama ini korang cuma tahu skill geng sendiri, tournament macam ini boleh jadi peluang untuk tengok sejauh mana permainan korang bila berdepan pasangan lain.
Lagi satu, ada hadiah untuk dikejar!
Untuk Adult 7.0, juara bakal membawa pulang RM2,000, manakala tempat kedua menerima RM1,500 dan tempat ketiga RM1,0000.
Sementara itu, kategori Adult 5.8 menawarkan RM1,500 untuk juara, RM1,000 untuk tempat kedua dan RM750 bagi tempat ketiga.
Bukan sedikit juga tu kalau menang. Boleh cover duit makan, petrol dan court fee untuk beberapa kali game lepas ni.
Bukan Cash Sahaja, Ada Hadiah Penaja Juga!

Selain hadiah wang tunai, peserta juga berpeluang membawa pulang hadiah daripada penaja produk yang disediakan sepanjang kejohanan.
Antaranya termasuk hadiah menarik seperti kasut Skechers, selain pelbagai produk daripada penaja yang terlibat.
Secara keseluruhan, jumlah hadiah yang ditawarkan dalam kejohanan ini mencecah RM50,000.

Jadi kalau memang dah lama bermain pickleball, rasanya rugi juga kalau sekadar datang tengok orang lain bertanding.
Kali ini, korang pula yang turun court.
Nak Team Dengan Anak Untuk Pickleball Pun Boleh
Bukan pemain dewasa sahaja yang bakal memeriahkan kejohanan ini, anak-anak juga berpeluang untuk turut serta.
The Social Serve Kidsnergy Pickleball Tournament turut menyediakan kategori junior daripada U8 hingga U18, termasuk kategori Boys, Girls dan Mixed Doubles. Ada juga kategori Open Parent & Kid untuk mak ayah yang nak turun gelanggang bersama anak masing-masing.
Menariknya, kategori Parent & Kid ini turut menawarkan hadiah wang tunai iaitu RM500 untuk juara, RM360 bagi tempat kedua dan RM260 untuk tempat ketiga. Jadi daripada mak ayah turun main seorang, kali ini boleh ajak anak sekali. Mana tahu anak pula yang jadi lebih power.
Great Eastern TakafulBerhad Perkasa The Social Serve Kidsnergy Pickleball Tournament
Kejohanan ini dianjurkan hasil kolaborasi antara iMedia Asia dan Kidsnergy, dengan Great Eastern Takaful Berhad sebagai pihak yang memperkasakan penganjuran acara.
Selain menyokong aktiviti sukan untuk golongan muda dan keluarga, Great Eastern Takaful Berhad turut membawa elemen pendidikan literasi kewangan menerusi initiatif Great Eastern Juniors, membantu kanak-kanak dan remaja memahami asas pengurusan wang sejak usia awal.
Namun untuk kejohanan kali ini, korang tak perlu fikir terlalu banyak.
Pilih kategori, cari partner dan turun court.
Dah Ada Geng, Jangan Tunggu Lama. Sertai Sekarang!

Dengan kategori untuk pemain dewasa, junior serta Parent & Kid, The Social Serve Kidsnergy Pickleball Tournament memang terbuka untuk pelbagai peringkat pemain.
Lebih-lebih lagi kalau korang memang jenis yang setiap minggu cari masa untuk bermain pickleball dengan geng.
Daripada main macam biasa, apa kata kali ini test skill pickleball korang dalam tournament sebenar?
Mana tahu bukan sekadar dapat pengalaman, tapi balik dengan duit tunai, kasut Skechers dan hadiah menarik yang lain!
The Social Serve Kidsnergy Pickleball Tournament
Tarikh: 16 hingga 18 Oktober 2026
Lokasi: PLAYA Racquet Club @ PARC Subang.
Slot adalah terhad dan pendaftaran sedang dibuka. Jadi kalau dah ada partner dan rasa tangan tu dah cukup panas, jangan tunggu sampai penuh — daftar sekarang dengan KLIK SINI.








