Sekarang ni memang susah nak pisahkan anak-anak dengan telefon, tablet atau game. Balik sekolah pegang gadget, hujung minggu pun kadang-kadang lebih selesa duduk depan skrin daripada keluar berpeluh.
Tak salah bagi mereka “screen time”, tapi dalam masa sama, mak ayah boleh cuba galakkan anak untuk lebih aktif dengan memperkenalkan mereka kepada aktiviti sukan yang menyeronokkan.
Kalau nak cuba sesuatu yang tengah popular sekarang, pickleball mungkin boleh masuk dalam senarai! Bukan orang dewasa sahaja yang dah mula memenuhi gelanggang pickleball, golongan muda pun semakin menunjukkan minat terhadap sukan ini.
Lebih menarik, kalau anak korang dah mula minat atau nak belajar dengan lebih proper, kini ada platform untuk mereka mengembangkan kemahiran dan merasai sendiri pengalaman beraksi di gelanggang menerusi The Social Serve Kidsnergy Pickleball Tournament.
Berlangsung pada 16 hingga 18 Oktober 2026 di PLAYA Racquet Club @ PARC Subang, kejohanan ini menghimpunkan pemain muda, ibu bapa dan peminat pickleball untuk tiga hari penuh aksi.
Hasil kolaborasi antara iMedia Asia dan Kidsnergy, serta dikuasakan oleh Great Eastern Takaful Berhad sebagai penaja utama, kejohanan ini bukan sekadar platform untuk mencari juara di gelanggang. Ia turut menjadi medan untuk mencungkil bakat baharu, memupuk semangat kesukanan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan melalui aktiviti sukan yang sihat.
Selain menawarkan pengalaman pertandingan yang kompetitif, kejohanan ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengembangkan potensi mereka dalam sukan sejak usia muda. Pada masa yang sama, ibu bapa juga dapat melibatkan diri secara aktif dan meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak melalui aktiviti yang menyeronokkan dan bermanfaat.
Dari Umur Bawah 8 Tahun Pun Dah Boleh Join!

Kalau anak anda baru nak berjinak-jinak dengan sukan pickleball, jangan risau sebab terdapat beberapa kategori mengikut peringkat umur iaitu U8, U10, U12, U14, U16 dan U18, bagi memastikan setiap peserta dapat bersaing dalam kumpulan yang sesuai dengan tahap mereka.
Lebih menarik pendaftaran bagi kategori U8 adalah PERCUMA, jadi ini mungkin peluang yang sesuai untuk mak ayah memperkenalkan si kecil kepada pickleball.
Siapa tahu, daripada sekadar mencuba, anak anda mungkin memiliki bakat terpendam yang belum pernah disedari sebelum ini. Kejohanan ini bukan sahaja memberi pendedahan awal kepada sukan yang semakin popular, malah membantu membina keyakinan diri, semangat kesukanan dan gaya hidup aktif.
Selain kategori kanak-kanak, terdapat juga kategori Open Parent & Kid yang memberi peluang kepada ibu bapa dan anak-anak berganding bahu serta beraksi bersama di gelanggang.
Bagi peserta dewasa pula, kategori beregu yang dipertandingkan adalah:
Intermediate Combined 7.0
- Men’s Doubles
- Women’s Doubles
- Mixed Doubles
Novice Combined 5.8
- Men’s Doubles
- Women’s Doubles
- Mixed Doubles
Jadi, bukan sahaja anak-anak boleh aktif di gelanggang, malah ibu bapa juga berpeluang menyertai kemeriahan kejohanan ini dan menikmati keseronokan bermain pickleball bersama keluarga
Hadiah Wang Tunai & Kasut Skechers Menanti Pemenang Utama!

Bukan sekadar mendapat pengalaman, peserta juga berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai iaitu:.
Bagi Junior Doubles U8 hingga U18 untuk kategori Boys, Girls dan Mixed:
- Johan: RM400
- Naib Johan: RM300
- Tempat Ketiga: RM200
Untuk Junior Boys dan Girls Singles:
- Johan: RM200
- Naib Johan: RM150
- Tempat Ketiga: RM100
Kategori Open Parent and Kid::
- Johan: RM500
- Naib Johan: RM360
- Tempat Ketiga: RM260
Bagi kategori Intermediate Combined 7.0:
- Johan: RM1,500
- Naib Johan: RM1,000
- Tempat Ketiga: RM600
Manakala untuk kategori Novice Combined 5.8:
- Johan: RM1,000
- Naib Johan: RM750
- Tempat Ketiga: RM500
Peserta juga berpeluang untuk mendapatkan pelbagai hadiah menarik daripada penaja utama.
Aktif Di Gelanggang, Bijak Urus Wang Pun Kena Belajar Juga
Bila anak-anak dah mula aktif dengan sesuatu sukan, bukan kemahiran di gelanggang sahaja yang boleh kita ajarkan kepada mereka.
Daripada membeli paddle yang berkualiti, pakaian yang sesuai sampailah perbelanjaan untuk menyertai aktiviti sukan, semua ini sebenarnya boleh menjadi peluang untuk mak ayah mula memperkenalkan anak kepada cara menguruskan wang dengan lebih bijak.
Dekat sinilah Great Eastern Takaful Berhad (GETB), selaku penaja utama The Social Serve Kidsnergy Pickleball Tournament, turut memainkan peranan dalam memperkasakan golongan muda melalui pendidikan literasi kewangan.
Malah, GETB mempunyai saluran rasmi YouTube literasi kewangan khas untuk kanak-kanak dan remaja berusia 7 hingga 17 tahun yang dikenali sebagai Great Eastern Junior MY (T).
Menerusi saluran ini, anak-anak didedahkan kepada asas literasi kewangan dan digalakkan untuk membina tabiat pengurusan wang yang lebih bijak sejak usia muda.
Menariknya, pembelajaran dibuat menerusi pendekatan edutainment supaya topik kewangan yang biasanya kedengaran agak serius menjadi lebih mudah difahami dan menyeronokkan untuk kanak-kanak.
Antara perkara yang dipelajari termasuklah simpanan, perbelanjaan, pengurusan bajet serta cara membuat keputusan kewangan yang bijak.
Menurut Ketua Pemasaran GETB, Puan Rashida Mior Ahmad Darwish, pendekatan pendidikan untuk generasi hari ini juga perlu berkembang. Gabungan bermain dan belajar boleh membantu anak-anak membina tabiat menabung serta asas kewangan yang kukuh untuk masa depan.
Justeru, kejohanan ini bukan sekadar platform untuk menggalakkan gaya hidup aktif dan mencungkil bakat sukan dalam kalangan kanak-kanak, malah turut menyokong pembangunan diri mereka secara menyeluruh.
Melalui sukan pickleball, peserta berpeluang meningkatkan fokus, mengukuhkan semangat kerja berpasukan serta memupuk semangat kebersamaan menerusi interaksi dengan rakan-rakan daripada pelbagai peringkat umur.
Selain itu, penyertaan dalam sukan ini turut membantu membina keyakinan diri, menerapkan nilai tanggungjawab dan mengasah kemahiran hidup yang penting sebagai persediaan menghadapi cabaran pada masa hadapan.
Nak Join? Ini Yang Anda Kena Tahu

Jika anak anda berminat untuk mencuba pickleball, atau anda sendiri ingin merasai pengalaman beraksi di gelanggang bersama mereka, inilah peluang yang tidak patut dilepaskan. Penyertaan kini dibuka untuk The Social Serve Kidsnergy Pickleball Tournament.
Tarikh: 16 – 18 Oktober 2026
Masa: 8 pagi – 10 malam
Lokasi: PLAYA Racquet Club @ PARC Subang
Kategori: U8, U10, U12, U14, U16, U18, Open Parent and Kid serta kategori dewasa
U8: Pendaftaran PERCUMA
Pendaftaran kini dibuka menerusi halaman rasmi pendaftaran kejohanan.
Dari menghabiskan hujung minggu anak dengan skrin sahaja, apa kata kali ni ajak mereka pegang paddle pula? Mana tahu daripada sekadar aktiviti keluarga, korang sebenarnya tengah membantu mereka menemui bakat baharu.
Bukan Sekadar Tournament, Buka Ruang Anak Aktif Sejak Kecil
Kidsnergy merupakan antara gerakan sukan akar umbi terkemuka di Malaysia yang telah mencapai ribuan keluarga di seluruh negara.
Diasaskan oleh Goh Liu Ying, bekas pemain badminton negara dan pemenang pingat Olimpik, dengan matlamat untuk menggalakkan penyertaan dalam sukan serta membantu membangunkan bakat dari peringkat akar umbi.
Manakala iMedia Asia, selaku rakan media rasmi kejohanan ini, merupakan syarikat media terkemuka yang telah memenangi pelbagai anugerah dan menghubungkan jenama dengan jutaan rakyat Malaysia menerusi penceritaan di platform media berimpak tinggi.
Melalui kolaborasi bersama Great Eastern Takaful Berhad, inisiatif ini diharapkan dapat menjadikan aktiviti sukan lebih mudah diakses, menyeronokkan dan bermakna untuk keluarga Malaysia.
Untuk maklumat lanjut stay tuned dan ikuti Sports We Play.








