Uqasha Senrose dedah wanita sangka dirinya janda, cuba goda Kamal Adli - The Reporter

Uqasha Senrose dedah wanita sangka dirinya janda, cuba goda Kamal Adli

Uqasha Senrose janda

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pelakon Uqasha Senrose mendedahkan ada wanita yang secara terbuka cuba menggoda suaminya, Kamal Adli, selepas menyangka dirinya sudah bercerai.

Dalam sesi siaran langsung di TikTok, Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen berkongsi insiden itu dengan Kamal yang berada di sisinya.

https://www.tiktok.com/@bestscenedramamovie/video/7467072699077070087

“Encik Kamal Adli, semalam ada orang kata dia nak ‘try’ awak. Dia tanya saya sudah janda ke, solo ke? Saya tanyalah, ‘kenapa, awak nak goda saya ke Kamal Adli?'” katanya.

Menurut Uqasha, wanita terbabit menganggap dia sudah bercerai kerana kerap berkongsi hantaran berkaitan kisah isteri tersakiti di media sosial.

“Lepas itu, dia kata saya selalu ‘post’ isteri tersakiti, jadi ingat saya janda. Dia nak goda awak, tolong cakap dekat dia ini,” tambahnya sambil meminta Kamal memberi jawapan.

Bagaimanapun, Kamal hanya tersenyum dan terus mendodoikan anak mereka, Hawra Uqaira, tanpa memberi sebarang respon lanjut.

Sebelum ini, muncul spekulasi mengenai rumah tangga mereka kononnya bergolak, namun pasangan itu menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan mereka masih bahagia bersama.

Total
0
Shares
Total
0
Share