Pelakon dan model terkenal, Nasha Aziz, sebelum ini dikenali sebagai sosok individu yang berjaya dalam bidang seni dan peragaan, sering menghiasi kaca televisyen dengan penampilan bergaya.
Namun, di sebalik dunia glamor yang dikecapinya, Nasha membuktikan beliau tidak memandang rendah kepada golongan kurang berkemampuan, terutamanya warga emas.
Satu video yang tular baru-baru ini merakamkan Nasha menyantuni dan membantu seorang warga emas. Dalam video tersebut, Nasha yang memakai T-shirt putih dan bertopi pada malam itu dilihat tidak kekok membantu lelaki berkenaan mengutip kotak serta barangan terpakai.
Baca juga:
- Bekas peserta progam realiti dipenjara 10 hari, gagal bayar RM108,200
- Jururawat dedah Azhan Rani konsisten derma darah setiap dua minggu
- Pelakon wanita mengaku tak bersalah kes tuntutan palsu insentif PERKESO
Sentuh hati netizen
Sikap rendah hati dan prihatin Nasha telah menyentuh ramai netizen yang memuji tindakannya.
“Malam ini, ada perkara yang saya perlu belajar daripada Kak Nasha Aziz. Saya rasa terharu. Buatlah baik kepada sesiapa pun dan jangan pilih-pilih. Jangan rasa diri selalu di atas. Tak rugi buat baik kerana itu adalah pahala kita di sana,” kata Chef Single, yang turut berkongsi video berkenaan di media sosial.
Tindakan Nasha Aziz ini sekali lagi membuktikan bahawa kebaikan tidak mengenal status atau usia, dan ia menjadi inspirasi kepada ramai orang untuk sentiasa menabur kebaikan dalam kehidupan seharian.











