Pelakon Azhan Rani mencuri perhatian netizen bukan sahaja kerana lakonannya, malah menerusi kisah amalnya yang konsisten menderma darah.
Perkara itu dikongsikan seorang jururawat menerusi media sosial, yang memaklumkan Azhan tidak pernah gagal hadir untuk menderma darah setiap dua minggu, kecuali jika mempunyai urusan penggambaran di luar.
Menurutnya, Azhan menjalani pendermaan secara ‘apheresis’ setiap dua minggu, iaitu proses menderma komponen darah seperti plasma dan platelet.
Selain itu, pelakon berkenaan turut melakukan pendermaan darah penuh atau ‘whole blood donation’ setiap tiga bulan, yang melibatkan pengambilan keseluruhan komponen darah.
Kisah tersebut kemudian mendapat perhatian netizen yang tidak melepaskan peluang mengusik Azhan dengan mengaitkan rutin pendermaan darahnya dengan satu babak klinik dalam drama Bulan Henti Bicara yang disiarkan di Astro Ria.
Baca juga:
- 3 Idiots bakal kembali, trio utama berdepan krisis usia pertengahan
- Usia bukan penghalang, Sabri Yunus kembali ke universiti pada umur 65 tahun
- Syed Saddiq & Bella Astillah pilih 10.10 sebagai tarikh bahagia
Menerusi babak berkenaan, Azhan yang membawakan watak Jamali tampil dengan gelagat dan dialog yang mencuit hati, sekali gus mengundang gelak tawa netizen di TikTok.
Video berkenaan mendapat sambutan hangat di TikTok apabila merekodkan lebih 2.7 juta tontonan, selain meraih sekitar 166,000 tanda suka dan 7,527 perkongsian.








