Tular video Nasha Aziz santuni warga emas, bantu kutip barangan terpakai | The Reporter

Tular video Nasha Aziz santuni warga emas, bantu kutip barangan terpakai

Video tular Nasha Aziz bantu warga emas.
Gambar: Tangkap layar video tular, Nona

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pelakon dan model terkenal, Nasha Aziz, sebelum ini dikenali sebagai sosok individu yang berjaya dalam bidang seni dan peragaan, sering menghiasi kaca televisyen dengan penampilan bergaya.

Namun, di sebalik dunia glamor yang dikecapinya, Nasha membuktikan beliau tidak memandang rendah kepada golongan kurang berkemampuan, terutamanya warga emas.

Satu video yang tular baru-baru ini merakamkan Nasha menyantuni dan membantu seorang warga emas. Dalam video tersebut, Nasha yang memakai T-shirt putih dan bertopi pada malam itu dilihat tidak kekok membantu lelaki berkenaan mengutip kotak serta barangan terpakai.

@chef_single

Terima kasih…betul la org awk mmg sgt baik…luar dan dalam kak..#fypp #buatbaik #nasha #aziz #pahala

♬ Jeritan Hati – Cut Zuhra
Baca juga:
Sentuh hati netizen

Sikap rendah hati dan prihatin Nasha telah menyentuh ramai netizen yang memuji tindakannya.

“Malam ini, ada perkara yang saya perlu belajar daripada Kak Nasha Aziz. Saya rasa terharu. Buatlah baik kepada sesiapa pun dan jangan pilih-pilih. Jangan rasa diri selalu di atas. Tak rugi buat baik kerana itu adalah pahala kita di sana,” kata Chef Single, yang turut berkongsi video berkenaan di media sosial.

Tindakan Nasha Aziz ini sekali lagi membuktikan bahawa kebaikan tidak mengenal status atau usia, dan ia menjadi inspirasi kepada ramai orang untuk sentiasa menabur kebaikan dalam kehidupan seharian.

Related Posts