Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Semasa sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat semalam, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Ringgit Malaysia mencatat peningkatan sebanyak 8.21% berbanding Dolar Amerika Syarikat setakat 14 November 2025. Peningkatan ini bukan sahaja signifikan, bahkan meletakkan ringgit sebagai mata wang berprestasi terbaik di seluruh Asia bagi tahun ini.
Perdana Menteri menjelaskan bahawa pengukuhan ringgit dipengaruhi sebahagian oleh penurunan kadar faedah oleh Federal Reserve Amerika Syarikat. Namun beliau menegaskan bahawa kekuatan ringgit yang mengatasi dolar Australia, Taiwan, Singapura dan yuan China menggambarkan keyakinan pelabur global terhadap hala tuju ekonomi Malaysia di bawah Kerajaan MADANI.
Usaha memperkukuhkan disiplin fiskal, mengurangkan defisit serta meningkatkan keberkesanan penyasaran subsidi telah memperbaiki kedudukan kewangan negara tanpa menjejaskan pertumbuhan.
Baca juga:
- Bekas wartawan FMT Rex Tan ditahan susulan soalan kontroversi
- Kerajaan tarik balik bantuan STR & SARA selepas lelaki ini kantoi miliki enam hartanah
- ‘Tolong beritahu Presiden kamu, kami hanya ada minyak masak’ – Komen lucu rakyat Malaysia
Beliau turut memaklumkan bahawa Malaysia berjaya mencatat lebihan imbangan pembayaran sebanyak RM0.7 bilion pada Suku Ketiga 2025, iaitu kali pertama dalam 14 tahun. Pencapaian ini disokong oleh peningkatan eksport, aktiviti perkhidmatan bernilai tinggi dan pemulihan kukuh sektor pelancongan.
Dalam memastikan rakyat turut menikmati manfaat pengukuhan ringgit, kerajaan meningkatkan tindakan pemantauan harga bagi mengekang pencatutan serta memastikan tiada pihak mengambil kesempatan ketika kuasa beli rakyat sedang bertambah baik.
Jualan Rahmah pula diteruskan di seluruh negara bagi memastikan akses kepada barangan asas pada harga lebih rendah berbanding pasaran.
Sumber: Facebook Kementerian Kewangan








