Kertas siasatan melibatkan aduan Albert Tei terhadap Tei Jiann Cheing (Albert Tei) terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berhubung dakwaan ugutan jenayah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan telah diputuskan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).
Jabatan Peguam Negara memaklumkan pihaknya telah meneliti secara menyeluruh kertas siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum membuat keputusan tersebut.
“Hasil penelitian mendapati elemen kesalahan ugutan jenayah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan tidak dapat dibuktikan,” menurut kenyataan itu.
Baca juga:
- Peniaga tau fu fah sumbang RM10,000 untuk tabung solidariti Najib Razak
- Polis nafi dakwaan MPV ‘escort’ kenderaan bawa kabel curi di Ampang
- Lelaki maut dipercayai diserang harimau di Sungai Siput
Sehubungan itu, Jabatan Peguam Negara memutuskan bahawa tiada tindakan lanjut akan diambil ke atas kes berkenaan dan kertas siasatan tersebut diklasifikasikan sebagai NFA.
Terdahulu, Albert Tei mendakwa Tan Sri Azam Baki telah mengugut, menghalang dan menganiayanya ketika beliau cuba mendedahkan dakwaan rasuah melibatkan beberapa ahli politik berprofil tinggi di Sabah tahun lalu.
Bagaimanapun, Azam Baki menafikan semua dakwaan tersebut.








