Pelakon terkenal Kamal Adli menegaskan pendiriannya untuk terus mempertahankan rumah tangganya bersama isteri, Uqasha Senrose.
Menurut Kamal, selagi masih diberikan ruang, beliau akan berusaha sehabis mungkin untuk menyelamatkan perkahwinan yang dibina pada 4 November 2021 itu.
“Saya harap yang baik-baik saja. Saya tak nak apa-apa jadi pada ‘masjid’ yang saya dah bina ni.
“Saya akan fight sampai hujung, sampai Allah kata ‘sudahlah’. Macam itulah… saya akan buat. Insya-Allah,” katanya.
Prosiding hari ini mempertemukan Kamal dan Uqasha buat pertama kali selepas lebih dua bulan tidak berhubung.
Kamal turut berkongsi kesukaran bertemu anak perempuan mereka, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.
Baca juga:
- Bekas peserta progam realiti dipenjara 10 hari, gagal bayar RM108,200
- Jururawat dedah Azhan Rani konsisten derma darah setiap dua minggu
- Pelakon wanita mengaku tak bersalah kes tuntutan palsu insentif PERKESO
Menurutnya, beberapa kali beliau cuba menghubungi keluarga isterinya untuk memohon masa walaupun seketika untuk berjumpa dengan anaknya.
“Saya tak faham sangat pasal undang-undang, pasal penjagaan anak ni. Saya ada mesej keluarga dia, kalau boleh tolong saya, bagi peluang sekejap pun jadilah jumpa dengan Hawra, lima minit pun okey untuk saya peluk dia.
“Adalah usaha tu, memang ada.Tapi semua pun bergantung pada kebenaran mak dia juga. Jadi saya faham… saya cuba untuk faham. Dan saya… nangis je lah,” katanya.
Kamal turut menjelaskan bahawa hubungan dengan keluarga mentua masih baik.
Sumber: Sinar Harian








