Padah membuat content makan daging babi di TikTok, Mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun terhadap Lina Mukherjee atau nama sebenarnya, Lina Lutfiawati yang beragama Islam.
Dalam video yang dimuat naik itu, Lina terlebih dahulu membaca Bismillah sebelum menjamah daging dan kulit babi panggang itu di satu kedai makan di Sri Lanka.
Berita berkaitan:
- ‘Aku cuma nak tahu apa rasa daging babi’ – Wanita Indonesia selamba makan daging babi demi content di TikTok.
- Buat konten makan babi sambil baca Bismillah, Influencer Lina Mukherjee diburu polis keranam empersenda agama Islam
Disebabkan itu, mahkamah mendapati tindakan Lina itu adalah sengaja dengan niat menghasut kebencian atau permusuhan individu/kumpulan berdasarkan agama.
Selain dikenakan hukuman penjara dua tahun, Lina juga diperintah membayar denda seanyak 250 juta rupiah (RM76,000+).
Selesai perbicaraan, Lina mengakui dia terkejut dengan keputusan mahkamah dan tidak menjangka akan dikenakan hukuman penjara.
“Saya tahu saya salah, tetapi saya tidak menjangkakan hukuman ini,” katanya.
Sebelum ini, TikToker Indonesia itu mengakui dirinya telah menjamah daging babi sejak berusia 25 tahun.
Disebabkan video tular itu, Lina telah diburu pihak berkuasa atas dakwaan mempersenda agama Islam.
Sumber: Reuters








