'Tiada rakyat atau keluarga yang seharusnya lebih kaya daripada negara' - Salleh Said Keruak - The Reporter

‘Tiada rakyat atau keluarga yang seharusnya lebih kaya daripada negara’ – Salleh Said Keruak

Bekas Ketua Menteri Sabah, Salleh Said Keruak menyatakan tiada rakyat atau sesebuah keluarga menjadi lebih kaya dari negara.

Situasi ini katanya boleh mempengaruhi keputusan utama kerajaan dan sistem pentadbiran.

“Kita tidak seharusnya membenarkan keadaan di mana rakyat atau keluarga persendirian boleh menjejaskan kepentingan awam negeri atau negara serta demokrasi.

“Tetapi jika rakyat atau keluarga persendirian jauh lebih kaya daripada perbendaharaan negara, mereka boleh mengawal dan mempengaruhi keputusan penting kerajaan serta sistemnya,” katanya.

Justeru itu katanya dalam usaha kerajaan untuk membentuk ekonomi yang lebih mapan, pengisytiharan aset dan cukai perlu dilakukan.

“Pendapat saya, adalah apa yang kerajaan mahu beri jaminan kepada rakyat.

“Oleh itu, mereka mungkin memerlukan rakyat atau keluarga tertentu yang mempunyai harta yang banyak untuk mengisytiharkan harta mereka bagi memastikan sejauh mana kekayaan mereka.

“Usaha ini boleh memberi kesan jangka panjang yang positif kepada rakyat dan negara.

Tambahnya lagi, pengisytiharan harta dan cukai merupakan satu pendekatan positif yang seharusnya disambut baik oleh semua pihak terutamanya golongan kaya raya.

Sumber: Salleh Said Keruak

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!