Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Situasi tegang sedang berlaku di Lubnan ketika ini.
Menerusi beberapa hantaran tular di aplikasi X, tentera Zionis telah melancarkan serangan udara di selatan Lubnan terutamanya.
Tentera berkenaan juga dikatakan dengan sengaja mengebom kawasan sekitar sekolah, hospital dan jalan raya yang menghubungkan orang ramai ke hospital dan kemudahan perubatan.
Beberapa kampung juga dilaporkan terjejas dengan insiden serangan tersebut.
Tentera Israel juga bertindak menyerang lebih dari 150 sasaran di seluruh Lubnan dan mendakwa bertujuan untuk memusnahkan simpanan senjata Hezbollah.
Sebelum ini, mereka dikatakan cuba mengelak dari menyasarkan kawasan-kawasan tersebut dan lebih menumpukan kepada kawasan luar bandar.
Difahamkan, saiz dan skala serangan ini merupakan paling besar sejak Perang Lubnan pada tahun 2006.
Sehingga kini, angka kematian sebenar serangan yang berlaku pagi tadi belum dapat disahkan, namun beberapa hantaran menyebut empat individu telah mati syahid.
Sumber: Quds Network, Suppressed News, Sarah








