'Tandasnya macam mall' - Pempengaruh Indonesia kagum lihat kebersihan tandas di R&R Malaysia | The Reporter

‘Tandasnya macam mall’ – Pempengaruh Indonesia kagum lihat kebersihan tandas di R&R Malaysia

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Selain daripada pujian pelancong terhadap tempat-tempat menarik dan makanan di Malaysia, ada juga yang memuji kemudahan yang disediakan di negara kita.

Seperti sedikit kelainan, seorang pempengaruh Indonesia memuji kemudahan tandas yang disedikan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R).

Pempengaruh yang dikenali sebagai Junaidi itu sangat teruja melihat kebersihan tandas di kawasan tersebut.

“Saya akan dedah, tandas yang ada di lebuh raya Malaysia, macam mana keadaannya,” katanya.

Bukan hanya kebersihan tandas, dia juga kagum melihat tersedia mesin minuman layan diri (vending machine).

Sambil berseloroh, dia juga menyatakan perbezaan tandas di Malaysia dan juga kemudahan tandas di negaranya, Indonesia.

“Doakan supaya Indonesia boleh seperti ini. Macam mall, tandasnya macam di mall, percuma tak perlu bayar,” katanya.

Sumber: X

Related Posts