'Suami Kiriman Tuhan' - Ucapan manis Watie buat Shuib, dedah masa bercinta dengan Shuib tak macam orang lain | The Reporter

‘Suami Kiriman Tuhan’ – Ucapan manis Watie buat Shuib, dedah masa bercinta dengan Shuib tak macam orang lain

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pasangan pengantin baharu ini sering menjadi perhatian. Segala hantaran pasangan suami isteri itu di media sosial menjadi bualan netizen.

Selepas melangsungkan pernikahan Jumaat lalu, Shuib dan Watie dikatakan memilih Langkawi sebagai destinasi bulan madu.

Hantaran di media sosial kedua-duanya berbunga cinta dan manis-manis belaka.

Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah meluahkan rasa gembira kerana kesabaran mereka dapat merasai detik-detik manis sebagai pasangan suami isteri.

“Banyak benda pertama kali saya buat bersama dia kerana sebelum ini dia selalu minta bersabar sebab bercinta dengan dia tidak seperti orang lain,” katanya.

Watie turut berkongsikan kenangan semasa mereka bercinta. Watie akui tidak pernah ada masa berdua bersama Shuib walaupun ketika sambutan hari lahir.

“Bila keluar akan bawa kawan, anak atau mak. Jalan pun tidak berpimpin tangan, tiada makan malam, bercuti dan habiskan masa berdua-duan.

“Kalau buat kejutan hari jadi saya pun, dia duduk meja lain dan hanya pandang saya dari jauh,” katanya.

Menganggap itu sebagai satu ujian sebelum berumahtangga, dia kini akui merasai nikmat dan makna sebenar selepas berkahwin

“Rupanya sabar itu indah. Allah mahu kita lalui segala momen di saat yang tepat.

“Sekarang, kami berdua sudah tahu apa makna sebenar percutian bulan madu,” katanya.

Sumber: Instagram Watie

Related Posts