Netizen mula membuat spekulasi tentang identiti salah seorang suspek rakyat Malaysia yang ditahan di Laos kerana disyaki menyeludup ganja seberat 86 kilogram, selepas foto suspek yang dikaburkan tular di media sosial.
Individu terbabit dikatakan seorang penyanyi rap tempatan yang juga ahli kumpulan muzik popular, apabila ruang komen akaun Instagram miliknya dibanjiri pelbagai reaksi daripada peminat.
- Menteri Agama puji Jep Sepahtu, sifatkan inspirasi kepada golongan asnaf
- MP Masjid Tanah cadang Hospital Putrajaya dinamakan sempena Tun Dr Hasmah
- Lelaki maut dibaham harimau selepas masuk kandang di taman hidupan liar
- Bajet 2027: Puad gesa tubuh badan khas pantau perbelanjaan kementerian
Antara komen yang ditinggalkan termasuk, “Ini ke orangnya?”, “Tolonglah beritahu perkara ini tak betul, bro,” dan “Netizen Malaysia memang laju.”
Hantaran terakhir di akaun berkenaan dimuat naik pada 21 Mei lalu, beberapa hari sebelum insiden penahanan tiga rakyat Malaysia itu dilaporkan. Usaha media untuk menghubungi wakil artis terbabit setakat ini tidak berjaya.
Siapa suspek sebenar dalam kes ganja Laos?
Media Laos sebelum ini melaporkan tiga rakyat Malaysia ditahan kerana cuba menyeludup 103 bungkusan ganja ke Jerman pada 27 Mei lalu. Salah seorang daripada mereka dipercayai seorang penyanyi rap dari Johor Bahru. Namun sehingga kini, pihak polis Laos belum mengesahkan identiti penuh ketiga-tiga suspek, dan tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa Malaysia.
Sementara itu, kumpulan muzik yang dikaitkan netizen mempunyai puluhan ribu pengikut di TikTok dan pernah bekerjasama dengan syarikat rakaman antarabangsa. Isu ini terus menjadi perhatian pengguna media sosial yang menunggu pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa bagi merungkai spekulasi yang bertebaran.








