Tular video pemancing jumpa kucing kelaparan di Pulau Ketam, 10 ekor berjaya diselamatkan | The Reporter

Tular video pemancing jumpa kucing kelaparan di Pulau Ketam, 10 ekor berjaya diselamatkan

Kucing kurus dan kelaparan ditemukan di struktur seperti pondok terapung di Pulau Ketam, Klang
Antara kucing yang ditemukan dalam keadaan kurus dan kelaparan di struktur seperti pondok terapung di Pulau Ketam, Klang. – Gambar: TikTok Syafiq Suhaime

Nasib sekumpulan kucing yang dipercayai ditinggalkan di sebuah struktur seperti pondok terapung di Pulau Ketam, Klang, mengundang perhatian selepas video penemuan haiwan berkenaan tular di TikTok.

Seorang pemancing, Syafiq Suhaime, memaklumkan dia menemukan kucing-kucing terbabit ketika berada di kawasan berkenaan sebelum berkongsi keadaan mereka menerusi video di TikTok.

Menurutnya, kucing berkenaan berada dalam keadaan kurus dan kelaparan, malah ada yang menggigit tangannya ketika cuba didekati dipercayai kerana terlalu lapar.

Bagaimanapun, Syafiq berkata dia tidak dapat menyelamatkan semua kucing berkenaan kerana hanya bersendirian di atas bot selain menggunakan bot angin yang mempunyai risiko keselamatan sekiranya melakukan operasi menyelamat.

“Sorry geng. Aku tak boleh tolong sebab aku sorang je atas bot dan ni bot angin. Risiko keselamatan diutamakan,” katanya menerusi perkongsian tersebut.

Beliau turut memaklumkan struktur tempat kucing-kucing itu berada kelihatan lusuh dengan lapisan teritip yang tebal, dipercayai menunjukkan ia sudah ditinggalkan untuk tempoh berbulan-bulan.

@syafiq.lahhh

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Sorry geng. Aku tak boleh tolong sebab aku sorang je atas bot & ni bot angin. Risiko keselamatan diutamakan. Seperti dalam video, kucing kurus kering tiada makan & minum. Structure dah lusuh dengan tebal teritip dianggarkan dah berbulan ditinggalkan. Lokasi Pulau Ketam, Klang. #insta360x5 #rivix #takkumpaubossku

♬ original sound – 𝚂𝚈𝙰𝙵𝙸𝚀 𝚂𝚄𝙷𝙰𝙸𝙼𝙴 – 𝚂𝚈𝙰𝙵𝙸𝚀 𝚂𝚄𝙷𝙰𝙸𝙼𝙴

Perkongsian itu kemudian mendapat perhatian pencinta haiwan dan mendorong beberapa pihak tampil menjalankan usaha menyelamat.

@uyienaaa_

ANAK BULUS PULAU KETAM.. Alhamdulillah 10 ekor dah selamat dengan saya.. amggaran 5-8 ekor lagi masih disana takut org… tapi akan plan ambil secepat mungkin… terima kasih banyak pada @JAIRATUL IZWAN dan abang Ayus sanggup kesana ambil anak anak malang ni… besar jasa mereka tau🥲 terima kasih juga pada @𝚂𝚈𝙰𝙵𝙸𝚀 𝚂𝚄𝙷𝙰𝙸𝙼𝙴 kalau abang tak update kita semua pun tak tahu keadaan anak2 bulus yang kat sini🙏🏻🙏🏻🥲

♬ suara asli – Andre Panggabean – Andre Panggabean
Baca juga:

Menerusi perkongsian pengguna TikTok Uyienaaa_, sebanyak 10 ekor kucing dilaporkan berjaya diselamatkan setakat ini, manakala dianggarkan lima hingga lapan ekor lagi masih berada di lokasi.

“Alhamdulillah 10 ekor dah selamat dengan saya. Anggaran lima hingga lapan ekor lagi masih di sana, takut orang… tapi akan plan ambil secepat mungkin,” katanya.

Dia turut merakamkan penghargaan kepada individu yang terlibat dalam operasi berkenaan yang sanggup ke lokasi bagi membantu membawa keluar kucing-kucing tersebut.

Dalam pada itu, dia turut berterima kasih kepada Syafiq kerana berkongsi penemuan berkenaan sehingga keadaan kucing-kucing tersebut diketahui orang ramai.

Perkembangan sama turut dikongsikan menerusi Threads oleh pengguna Pherbies turut memaklumkan perkembangan sama.

Bagaimanapun, beberapa ekor dilaporkan telah mati dan akan dikebumikan, manakala baki kucing yang masih berada di lokasi berkenaan pula akan diusahakan untuk diselamatkan secepat mungkin.

Keadaan kesemua kucing terbabit juga dikatakan memerlukan perhatian segera kerana majoritinya mengalami masalah kekurangan zat makanan.

Dalam hantara berkenaan, Pherbies menganggarkan sekitar RM6,000 hingga RM7,000 diperlukan bagi menampung rawatan perubatan segera untuk kucing-kucing yang berjaya diselamatkan.

Related Posts