Suspek pernah ditahan, tetapi dibebaskan
Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita berusia 74 tahun dari t didakwa di Mahkamah Daerah Tel Aviv kerana merancang membunuh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menggunakan bahan letupan buatan sendiri.
Pendakwa Raya Negara memfailkan pertuduhan termasuk cubaan berkonspirasi melakukan perbuatan keganasan. Menurut kenyataan pihak polis, wanita tersebut cuba mendapatkan senjata dengan mendekati penunjuk perasaan lain serta membuat siasatan mengenai pengaturan keselamatan Netanyahu.
Baca juga:
- Video LEGO karya Mahdi Hemmat curi perhatian dunia, bawa naratif konflik semasa
- Pekerja ditahan, didakwa bakar gudang di Ontario, California
- Tujuh anjing ‘hilang’ jadi tular, jalan lebih 17km pulang ke rumah
Ditahan semula selepas disiasat agensi keselamatan Israel
Suspek ditangkap oleh Shin Bet selepas siasatan bersama Unit Jenayah Kebangsaan Lahav 433. Walaupun identitinya dilindungi perintah larangan penyiaran mahkamah, sebahagian sekatan tersebut telah ditarik balik pada Rabu untuk membolehkan maklumat dakwaan diumumkan.
Difahamkan, wanita itu pernah ditahan dua minggu lalu dan dibebaskan dengan syarat tidak menghampiri institusi kerajaan serta perdana menteri. Namun selepas bukti baharu diserahkan kepada Pendakwa Raya, beliau ditahan semula dan didakwa secara rasmi.
Pemimpin pembangkang kecam rancangan keganasan
Ketua Pembangkang, Yair Lapid berkata, “Sesiapa yang cuba atau akan cuba mencederakan beliau (Netanyahu) mesti dibawa ke muka pengadilan.”
Manakala Pengerusi Blue and White, Benny Gantz pula berkata, niat suspek telah melangkaui batas dan pihak berkuasa mesti menggunakan sepenuhnya peruntukan undang-undang terhadapnya.
Sumber: The Jerusalem Post








