'Semua makanan kat sini sedap' - IShowSpeed kagum kesedapan burger Ramly, siap bayar lebih | The Reporter

‘Semua makanan kat sini sedap’ – IShowSpeed kagum kesedapan burger Ramly, siap bayar lebih

Sumber Gambar: Tangkap Layar video tular

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kunjungan pempengaruh dari Amerika Syarikat IShowSpeed yang kini berada di Malaysia disambut meriah.

Menerusi beberapa video tular, pelbagai barangan dan cenderahati diberikan kepada pempengaruh berkenaan.

Keterujaan rakyat Malaysia dengan kunjungan dari IShowSpeed juga dapat dilihat apabila beberapa individu sanggup mengekori kenderaan yang dinaiki IshowSpeed.

Bagaimanapun, telatah IShowSpeed semasa makan makanan lokal membuatkan orang ramai geli hati melihat cubaan beliau menghayati makanan-makanan tersebut.

https://twitter.com/localrkyt/status/1836032642371985636

Selain dari durian dan jajan, beliau juga dirakam mencuba makanan burger Ramly di sebuah gerai.

Apabila mencuba gigitan pertama burger berkenaan, dia berasa kagum dan teruja dengan burger Ramly berkenaan.

“Semua makanan sedap kat sini,” katanya.

“Ini Malaysia, bro,” kata peminat-peminatnya.

Dek kerana kagum dengan kesedapan burger itu, beliau sanggup membayar lebih kepada pemilik gerai burger berkenaan.

Pempengaruh berkenaan sebelum ini telah berkunjung ke Vietnam, Kemboja dan Thailand sempena siri jelajah sulungnya ke Asia Tenggara.

Related Posts