'Selagi mana polis tak tahan, tiada masalah' - Prof Madya kata tak salah bersilat di perkarangan Masjid Nabawi - The Reporter

‘Selagi mana polis tak tahan, tiada masalah’ – Prof Madya kata tak salah bersilat di perkarangan Masjid Nabawi

Timbalan Dekan Jaringan Industri, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, meminta orang ramai tidak perlu mengecam tindakan tiga individu yang bersilat di perkarangan Masjid Nabawi dalam video yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Menurut beliau, masjid bukan sahaja tempat untuk solat, tetapi juga sebagai pusat komuniti yang boleh digunakan untuk pelbagai acara, termasuk sukan dan pendidikan.

Ini adalah sejajar dengan sejarah Masjid Nabawi, di mana perwakilan dari dalam dan luar negara datang bertemu Nabi di situ.

“Tidak perlu kecam tindakan mereka bersilat di pekarangan masjid. Masjid itu sebagai pusat untuk semua perkara.

“Jadi ini bermakna masjid boleh digunakan untuk banyak acara terutama bagi menarik anak-anak muda.

“Mungkin dia hendak berlatih persembahan silat atau membawa budaya dan adat Melayu ke sana kerana lengkap berpakaian silat seperti pendekar. Kita tidak tahu niat dia.

“Selagi mana polis tidak tahan, apa yang dilakukan tiada masalah selagi tidak menyalahi undang-undang.”

Secara keseluruhan, beliau melihat perkara ini dari sudut yang positif dan menganggapnya sebagai peluang untuk mempromosikan budaya dan adat Melayu.

Sumber: Harian Metro, Berita Harian

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!