'Saya tak ajar staf untuk jadi toksik' - Khairul Aming kongsi rahsia team cemerlang | The Reporter

‘Saya tak ajar staf untuk jadi toksik’ – Khairul Aming kongsi rahsia team cemerlang

Sumber Gambar: Instagram Khairul Aming, Tangkap Layar TikTok Dr Ismail Salleh

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Setiap tindakan dan kata-katanya sering menjadi tumpuan ramai. Tidak hairanlah beliau diangkat sebagai seorang pempengaruh yang disegani.

Pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming atau dikenali sebagai KA sering dipuji kerana dilihat seorang majikan yang sangat menitikberatkan kebajikan pekerja selain membawa keuntungan dalam syarikat.

Ketika ditanya dalam satu program tentang tips bagaimana beliau menguruskan satu pasukan cemerlang, katanya beliau tidak mengajar pekerja-pekerjanya untuk menjadi toksik.

“Bina team yang cemerlang dia mudah je. Saya dulu bekerja juga dengan orang jadi dalam enam tahun dalam dunia korporat tu bila saya duduk di jawatan sebagai pekerja saya dah meletakkan impian bos macam mana yang saya nak.

“Jadi bila kita jadi bos, kita kita switch lah…Kita kena jadi bos yang pekerja kita nak. Jadi satu budaya yang saya ketengahkan dalam syarikat saya tak ajar staf untuk jadi toksik.

“Maksudnya competing against each other lah. Sebab itu dari segi bonus, nak bawa pergi travel, shopping, duit poket, semua orang dapat sama rata. Tak kisah jawatan apa sekali pun,” katanya.

Dalam pada itu, KA turut mendedahkan sehingga sekarang tiada lagi pekerja-pekerjanya yang berhenti.

“Kita nak ajar semua orang kalau kita buat sama-sama, kita semua dapat lebih. Bukannya aku buat lebih, kau dapat kurang memang tak ada.

“Jadi bila budaya itu kita ketengahkan, alhamdulilah sekarang ni pun boleh kata tak ada yang berhenti setakat ini,” katanya.

Sumber: Dr Ismail Salleh

Related Posts