Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Selebriti terkenal, Nur Fazura berpakaian serba putih hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini hari ini bagi sebutan kes permohonan cerai ke atas suaminya, Fattah Amin.
Sementara itu, Fattah Amin dalam satu temu bual menyatakan dia masih berpegang pada kenyataan sebelumnya yang beliau masih sayangkan Fazura.
“Doakan yang terbaik untuk kami.
“Saya masih lagi berpegang pada kenyataan sebelum ini, saya masih sayangkan Fazura,” katanya.
Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Fattah, Zulkifli Che Yong menyatakan Fattah belum bersedia untuk bercerai secara baik.
Terdahulu, industri hiburan terkejut dengan berita yang menyatakan selebriti dan juga usahawan, Nur Fazura telah memfailan penceraian terhadap Fattah Amin.
Pelbagai spekulasi mula tersebar, namun Fazura dilihat hanya mendiamkan diri. Bagaimanapun, hantaran di media sosial dilihat seperti memberikan gambaran duka itu.
Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: Media Hiburan








