'Saya kan penyanyi dangdut, memanglah kena bergelek' - Baby Shima kesal portal hiburan timbulkan persepsi negatif terhadapnya | The Reporter

‘Saya kan penyanyi dangdut, memanglah kena bergelek’ – Baby Shima kesal portal hiburan timbulkan persepsi negatif terhadapnya

Baby Shima tidak menafikan dia berada di kelab malam dalam video tular. Tetapi kesal dengan portal hiburan yang buat tajuk mengundang.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Heboh di media sosial netizen mengkritik penyanyi Baby Shima bergelek di kelab malam selepas video dirakam oleh pengunjung kelab itu tular.

Menurut sumber, video aksi gelek Baby Shima itu dirakam di sebuah kelab malam di Johor Bahru, yang menunjukkan penyanyi itu sedang rancak menari di atas pentas.

Menyedari video itu mengundang banyak reaksi negatif, TikToker berkenaan segera memadamkannya.

Tidak kurang juga akaun media sosial Baby Shima turut dihujani kritikan netizen. Tidak melatah dengan hal itu, Baby Shima mengakui sememangnya dia berada di kelab malam tersebut.

Jelas Baby Shima, dia hanya memberikan khidmat nyanyiannya selepas ditawarkan menyanyi di kelab tersebut dan terus balik selepas selesai persembahan.

Dalam masa sama, Baby Shima kesal dengan tindakan beberapa portal hiburan yang menyiarkan isu tersebut dengan tajuk yang mengundang.

Tindakan itu menyebabkan netizen melemparkan kritikan dan persepsi yang bukan-bukan terhadapnya dan ini sangat tidak menyeronokkan dan mengecewakan dirinya.

“Persembahan itu berlangsung dalam pusat hiburan di sebuah hotel di Johor Bahru. Saya ditawarkan menyanyi empat buah lagu dan selepas menyanyi, saya balik.

“Tapi cara portal itu memuat naik tajuk amat mengejutkan, seolah-olah saya buat kerja tak elok. Nampak sangat niat mereka untk memburukkan nama saya.

“Saya kan penyanyi dangdut, memanglah kena bergelek. Sebelum ini pun sama masa beraksi dalam persembahan lain.

“Saya sebenarnya malas nak panjangkan isu ini tapi kena juga bercakap keraena keterangan dalam gambar mereka amat mengaibkan. Sangat tak seronok dengan apa yang berlaku.

“Saya bukanlah sengkek atau sangat terdesak cari duit sampai sanggup untuk buat ‘show’ seperti yang mereka maksudkan,” katanya.

Tambahnya lagi, dia bukanlah artis pertama yang diundang menyanyi di kelab itu. Sebelum ini pengurusannya pernah mengundang MK K-Clique, Ben Ladin, Zynakal, Kidd Santhe dan ramai lagi.

Sumber: Harian Metro, Oh Bulan

Related Posts