Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Walaupun sudah 17 tahun berada dalam industri semenjak menyertai Akademi Fantasia 5 pada 2008, Dafi Ismail Sabri, masih kekal relevan dalam industri, meskipun ramai bakat baru muncul.
Anak kedua bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Dafi atau nama sebenarnya, Gadaffi Ismail Sabri, bersyukur karier seninya masih bertahan dan berkembang.
“Alhamdulillah, walaupun nampaknya saya ‘menyepi’, rezeki berlakon tidak pernah putus. Saya baru selesai penggambaran filem Martabat: Misi Berdarah,” katanya.
Tambah Dafi, minatnya dalam seni masih kukuh, namun populariti bukan lagi fokus utamanya selepas AF5.
“Saya buat sebab minat dan suka nak buat. Dah tak ada pun nak fikir soal populariti dan sebagainya sebab masa AF5 dulu, saya dah pernah rasa (popular) dan cukuplah itu,” katanya.
Mengenai statusnya sebagai anak bekas Perdana Menteri, Dafi menganggapnya sebagai bonus, namun menekankan dia perlu bekerja keras seperti orang lain.
Selain seni, Dafi juga menjalankan perniagaan dron yang baru setahun diusahakan dan menghadapi persaingan dalam industri ini.
Sumber: Harian Metro (Norhayati Nordin)