'Saya akan terus fight sampai hujung' — Kamal Adli | The Reporter

‘Saya akan terus fight sampai hujung’ — Kamal Adli

Kamal Adli tegaskan pendirian mahu selamatkan rumah tangga.
Gambar: Utusan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pelakon terkenal Kamal Adli menegaskan pendiriannya untuk terus mempertahankan rumah tangganya bersama isteri, Uqasha Senrose.

Menurut Kamal, selagi masih diberikan ruang, beliau akan berusaha sehabis mungkin untuk menyelamatkan perkahwinan yang dibina pada 4 November 2021 itu.

“Saya harap yang baik-baik saja. Saya tak nak apa-apa jadi pada ‘masjid’ yang saya dah bina ni.

“Saya akan fight sampai hujung, sampai Allah kata ‘sudahlah’. Macam itulah… saya akan buat. Insya-Allah,” katanya.

Prosiding hari ini mempertemukan Kamal dan Uqasha buat pertama kali selepas lebih dua bulan tidak berhubung.

Kamal turut berkongsi kesukaran bertemu anak perempuan mereka, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.

Baca juga:

Menurutnya, beberapa kali beliau cuba menghubungi keluarga isterinya untuk memohon masa walaupun seketika untuk berjumpa dengan anaknya.

“Saya tak faham sangat pasal undang-undang, pasal penjagaan anak ni. Saya ada mesej keluarga dia, kalau boleh tolong saya, bagi peluang sekejap pun jadilah jumpa dengan Hawra, lima minit pun okey untuk saya peluk dia.

“Adalah usaha tu, memang ada.Tapi semua pun bergantung pada kebenaran mak dia juga. Jadi saya faham… saya cuba untuk faham. Dan saya… nangis je lah,” katanya.

Kamal turut menjelaskan bahawa hubungan dengan keluarga mentua masih baik.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts