Pelakon Isa Khan tampil menegur trend “Jamilah” yang kini tular di media sosial, menyifatkannya sebagai satu fenomena memalukan yang menjatuhkan maruah umat Islam.
Menurut Isa, trend berkenaan bukan sahaja menonjolkan sisi tidak bermoral dalam kalangan pengguna media sosial, malah menunjukkan hilangnya rasa malu dan adab yang sepatutnya menjadi benteng utama seorang Muslim.
“Lelaki dengan tak malunya berbaring atas katil separuh bogel dengan muka miang masing-masing. Perempuan pula tak nak kalah dengan komen-komen yang tak senonoh.
“Masalahnya, bini orang pun ada yang nak menggatal sekali. Semua yang terlibat ni umat Islam. Korang semua ni dah putus urat malu ke apa?” tegasnya.

Baca juga:
- Bekas peserta progam realiti dipenjara 10 hari, gagal bayar RM108,200
- Jururawat dedah Azhan Rani konsisten derma darah setiap dua minggu
- Pelakon wanita mengaku tak bersalah kes tuntutan palsu insentif PERKESO
Trend “Jamilah” yang mencetuskan pelbagai reaksi itu dipercayai bermula daripada video dimuat naik oleh pelakon Que Haidar, yang dilihat berbaring di atas katil tanpa berbaju sambil miming lagu Jamilah. Hantaran berkenaan kemudiannya menjadi tular di pelbagai platform, sehingga ramai yang menantikan video susulan daripada beliau serta menjadikannya bahan parodi.
Kenyataan yang dibuat oleh Isa itu turut menerima sokongan ramai netizen yang bersependapat dengannya.








