'Rupanya selama ini dia ludah dalam minuman I' - Isteri terkejut dengan tabiat pelik suami - The Reporter

‘Rupanya selama ini dia ludah dalam minuman I’ – Isteri terkejut dengan tabiat pelik suami

Gambar hiasan (Artificial Intelligence)

Seorang wanita telah berkongsi kisahnya di platform X mengenai tabiat pelik suaminya yang baru disedari seelepas setahun perkahwinan.

Menurut wanita tersebut, suaminya mempunyai tabiat membuat minuman panas untuk mereka berdua setiap kali selepas mereka bertengkar.

Namun, dia terkejut apabila mendapati lelaki itu telah meludah dalam minumannya.

“Rupanya selama ini dia ludah dalam air I. I caught him red handed semalam. He said benda tu macam ‘padan muka’ untuk I.

“I really dont know how to respond to this. I faham ludah je pun, tapi geli siak,” katanya.

Pengadu juga meluahkan kerisauannya tentang ada kemungkinan suaminya melakukan perkara yang lebih buruk.

“I dont know if he ever did worse. I tanya tadi, tapi dia diam je. To be honest, I don’t think I ever wanna know. No wonder la I sometimes diarrhoea (cirit birit) after our argument,” tambahnya.

Sementara itu, ada netizen mengesyaki tindakan si suami adalah permulaan menuju ke arah sihir dan meminta pengadu berhati-hati.

Selain itu, ada juga yang menyamkan kes pengadu dengan kes pasangan di negara barat.

“Be careful sis. Tiba-tiba teringat satu kes Mat Salleh tu, bini dia yang jahat dalam kejadian ini. Setiap hari bini dia masukkan cecair clorox dalam coffee maker laki dia.

“Sejak laki dia rasa kopi lain macam, terus pasang CCTV kat area dapur. Kantoi malu la bini tu,” katanya.

Sumber: X

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!