Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Seorang pempengaruh dan usahawan terkenal dilaporkan mengalami kerugian selepas rumahnya dipecah masuk. Wanita berkenaan dikatakan mengalami kerugian kira-kira RM3.5 juta.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, kejadian didakwa berlaku kira-kira jam 10 malam.
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat sebuah peti besi mengandungi jongkong emas dan wang tunai kira-kira RM3 juta dilarikan penjenayah,” katanya.
Selain daripada itu, beberapa beg tangan berjenama dan barangan kemas milik ahli keluarga turut dilarikan. Jumlah keseluruhan kerugian dianggarkan berjumlah RM3.5 juta.
Ashari berkata, suspek dipercayai bertindak merosakkan kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di rumah mangsa.
“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.
Susulan itu juga, pihaknya memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222 untuk membantu siasatan.
“Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
Sumber: Harian Metro