Pendapatan besar Ruhainies sampai RM100,000 sebulan tarik perhatian warganet | The Reporter

Pendapatan besar Ruhainies sampai RM100,000 sebulan tarik perhatian warganet

Seorang wanita bertudung maroon tersenyum dengan latar hiasan bunga berwarna-warni.
Ruhainies mencuri perhatian selepas pendedahan pendapatannya mencecah RM100,000 sebulan.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pendapatan bulanan antara RM50,000 hingga RM100,000. Itulah angka yang didedahkan oleh pelakon Ruhainies dalam sebuah temu bual terbuka yang tular di media sosial.

Pendedahan berani itu segera mengundang perbincangan hangat dalam kalangan warganet, ada yang kagum dan tidak kurang juga yang mempersoalkan.

Baca juga:

Bukan sekadar lakonan

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas menjelaskan, pendapatan tersebut datang daripada pelbagai sumber, bukan hanya hasil berlakon. Sepanjang hampir sedekad dalam dunia hiburan, beliau turut menjana pendapatan melalui kolaborasi bersama syarikat, pemasaran afiliasi, menjadi duta produk serta sokongan daripada jutaan pengikut di media sosial.

“Pendapatan saya sekitar RM50,000 hingga RM100,000 sebulan. Di Instagram saya mempunyai 1.7 juta pengikut, manakala di TikTok lebih 700,000 pengikut,” katanya.

Cara berbelanja

Walaupun mampu meraih pendapatan besar, Ruhainies menegaskan dia tidak gemar berbelanja mewah semata-mata. Katanya, wang banyak dihabiskan untuk penjagaan diri, kos operasi dan keperluan hidup, selain menitikberatkan kualiti dalam setiap barangan yang dibeli.

“Dengan pendapatan setinggi itu, saya banyak membelanjakan wang untuk penjagaan diri, perbelanjaan hidup dan kos operasi yang agak tinggi. Jika sesuatu produk itu sesuai, sudah tentu saya akan membelinya,” jelasnya.

Related Posts