Dari bekas jurutera telekomunikasi ke content creator, resepi Che Nom tambat hati ramai dari dulu hingga kini - The Reporter

Dari bekas jurutera telekomunikasi ke content creator, resepi Che Nom tambat hati ramai dari dulu hingga kini

Sumber Gambar: Facebook Che Nom

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Tiada lagi alasan untuk mengatakan tidak pandai memasak kerana kini semuanya hanya di hujung jari.

Jika yang selalu mencari resepi di internet dan media sosial, resepi dari content creator (masakan) Che Nom sudah tidak asing lagi.

Aura dan suaranya yang lembut pastinya menambat hati sesiapa sahaja yang mendengar.

Namun, siapa sangka disebalik pelbagai resepi yang dikongsikan itu, Che Nom merupakan seorang bekas Jurutera Telekomunikasi.

Menerusi perkongsian di Facebook, anak kelahiran Kampung Sungai Petani Changlun, Kedah ini menyatakan minat memasak timbul sedari kecil.

“Sebenarnya dah minat masak sejak kecil lagi. Masa tu selalu tolong mak jaga kedai runcit, sambil-sambil tu buat Laksa dan Ais Kacang untuk dijual.

“Dari situ lah belajar nilai kerja keras dan pentingnya sokongan keluarga,” katanya.

Sudah menghasilkan 506 video di Youtube, Che Nom kini sudah mempunyai 2.23 juta subscribers, 383 juta tontonan dan dua juta pelawat bulanan di laman web resepichenom.com.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!