Remaja terselamat dari diculik, gigit tangan suspek sebelum lari selamatkan diri | The Reporter

Remaja terselamat dari diculik, gigit tangan suspek sebelum lari selamatkan diri

Remaja perempuan 14 tahun terselamat cubaan culik di Kota Setar selepas menggigit tangan suspek dan melarikan diri ke pusat tuisyen.
Tangkap layar rakaman cct tular merakamka kejadian.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun terselamat daripada cubaan culik di Pekan Simpang Kuala, Kota Setar selepas bertindak berani menggigit tangan suspek.

Kejadian berlaku sekitar jam 8.26 malam ketika mangsa sedang berjalan seorang diri di sebuah lorong sebelum dihampiri seorang lelaki yang menaiki motosikal. Suspek kemudiannya berhenti di hadapan mangsa dan bertindak memeluk serta menutup muka remaja itu menggunakan tangan.

Mangsa berjaya melepaskan diri selepas menggigit tangan lelaki tersebut sebelum berlari ke sebuah pusat tuisyen berhampiran untuk mendapatkan bantuan.

Baca juga:

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, polis telah mengambil rakaman percakapan mangsa bagi membantu siasatan awal. Selain itu, Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah turut diminta membantu mendapatkan sampel di lokasi kejadian.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan, Seksyen 511 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK). Polis turut meminta orang ramai menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

@info_siasat_terkini

🇲🇾 【CUBAAN CULIK】Pelajar Perempuan 14 Tahun Berjaya Lepaskan Diri Daripada Cubaan Culik di Lorong Belakang Simpang Kuala, Alor Setar 📍 Tarikh/Lokasi 13 Mei 2026 | Lorong belakang pekan Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan untuk menonton di saluran Telegram: https://t.me/ISTMSIA 🇲🇾 【掳拐案】14岁少女夜走小巷遭男骑士企图掳走,勇咬反抗踢翻摩托脱险 📍 日期/地点 2026年5月13日 | Simpang Kuala市镇后巷,Alor Setar,Kedah 更多详细内容请点击链接Telegram频道观看: https://t.me/ISTMSIA IST InfoSiasatTerkini BeritaSemasa CubaanCulik AlorSetar Kedah KeselamatanAwam ReelsMalaysia

♬ original sound – Info Siasat Terkini – Info Siasat Terkini

Video rakaman CCTV turut tular di media sosial.

Sumber: Harian Metro

Related Posts