Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Menteri kanan Indonesia, Zulkifli Hasan, yang menyelaras hal ehwal makanan dan bekalan negara, kembali ke Aceh untuk meninjau keadaan mangsa banjir besar yang berlaku secara mendadak dan berarus deras.
Namun, lawatan itu menjadi bualan hangat selepas tular video yang memaparkan beliau makan di sebuah restoran, Sate Tubaka, bersama beberapa individu. Dalam video tersebut, Zulkifli Hasan turut dilihat menghisap rokok cerut.
Netizen persoal masa dan kepekaan
Ramai netizen mempertikaikan tindakan itu bukan kerana beliau makan, tetapi kerana masa, tempat dan cara ia dipamerkan ketika suasana bencana masih kritikal.
Kritikan bertambah kerana video berkenaan tersebar ketika masih ada mangsa yang dilaporkan mengalami kesukaran mendapatkan makanan serta bantuan asas. Bagi sesetengah pihak, paparan suasana santai itu dilihat tidak selari dengan penderitaan mangsa di lapangan.
Baca juga:
- JAIS beri tempoh hingga 31 Mac, kosongkan tapak pencerobohan perkuburan Islam
- Polis buka siasatan video tular senaman aerobik ‘Back to School’
- Kerajaan tarik balik bantuan STR & SARA selepas lelaki ini kantoi miliki enam hartanah
Imej pemimpin ketika bencana jadi tumpuan
Isu Zulkifli Hasan makan ketika banjir Aceh turut mencetuskan perbincangan tentang bagaimana pemimpin perlu lebih berhati-hati ketika menjalankan tugasan di kawasan bencana, kerana setiap tindakan mudah dirakam dan dinilai orang ramai.
Kontroversi ini sekali lagi menunjukkan bahawa dalam situasi krisis, aspek kepekaan dan pengurusan imej boleh mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap keprihatinan pemimpin.
Sumber: NowDots











