Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seiring dengan perkembangan semasa, rancangan Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) menampilkan pembaharuan dengan menampilkan gabungan daripada individu-individu yang berbeza dalam industri hiburan.
MLS4 menampilkan 10 kumpulan yang bakal bertanding dan setiap kumpulan dianggotai oleh tiga perserta.
Bagaimanapun, apa yang mencuri tumpuan dalamsidang media berkenaan adalah dengan kemunculan selebriti Puteri Sarah sebagai peserta dalam kumpulan Gebu.
Selain Puteri Sarah, kumpulan Gebu turut disertai oleh pelakon dan pelawak Mamat Puteh dan juga Ilham Abata.
Walaupun ada yang mempertikaikan kemunculan Puteri Sarah dalam program berkenaan, namun tidak mustahil jika Puteri Sarah dapat memberikan satu kelainan dalam persembahan.
MLS4 yang akan berlangsung pada 22 September itu akan diadili oleh Saiful Apek, Harith Iskander dan Anna Jobling.
Dato’ AC Mizal pula diperkenalkan sebagai pengacara utama program berkenaan.
Sumber: Astro Gempak, Zon Lawak