PU Azman dipenjara 14 bulan atas kesalahan kelucahan melampau - The Reporter

PU Azman dipenjara 14 bulan atas kesalahan kelucahan melampau

PU Azman dihukum penjara
Sumber gambar: Bernama

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias, atau lebih dikenali sebagai PU Azman, dihukum penjara selama 14 bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki dua tahun lalu.

Pengakuan itu dibuat di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd Rasid selepas representasi yang dikemukakan tertuduh kepada Jabatan Peguam Negara pada Oktober lalu diterima awal November.

Tertuduh, 43, didakwa melakukan kesalahan tersebut terhadap remaja lelaki berusia 18 tahun di sebuah rumah di Jalan Sungai Bertek, Klang, pada jam 9.15 malam, 10 Jun 2022. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun.

Dalam rayuannya, peguam tertuduh, Fahmi Adilah, memohon hukuman ringan dengan alasan anak guamnya telah insaf, menyesal, dan berjanji untuk menjadi seorang warganegara yang lebih baik. Beliau juga memaklumkan bahawa PU Azman telah memohon maaf kepada mangsa, kerajaan, dan pihak berkuasa atas masa yang diambil sepanjang proses perbicaraan.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Adzmi, menegaskan bahawa sebagai seorang pendakwah selebriti, tertuduh seharusnya menjaga tingkah laku dan memberikan contoh yang baik. Menurutnya, hukuman perlu bersifat pengajaran, bukan hanya kepada tertuduh, tetapi juga kepada masyarakat umum.

Sebelum ini, pada 27 September lalu, PU Azman telah dihukum penjara 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Klang atas dua pertuduhan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun.

Sumber: Bernama via Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!