Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Pihak polis kini menjalankan siasatan terhadap pelawak terkenal Harith Iskander berikutan hantaran di media sosial yang berkait dengan kontroversi skandal sandwic “ham” dan kopi hamsap.
Ketua Polis Daerah Kluang, Bahrin Mohd Noh, mengesahkan bahawa laporan telah dibuat oleh bekas ahli kumpulan lawak Shiro, Shahrol Azizie Azmi, atau lebih dikenali sebagai Shahrol Shiro, terhadap Harith dan seorang wanita yang menggunakan nama Cecilia Yap yang memberikan ulasan pada hantaran asal tersebut.
“Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 298 dan Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.
Shahrol, sebelum ini mengecam Harith di laman Facebook atas hantaran yang didakwanya memberi ruang kepada orang ramai untuk menghina serta memperlekehkan agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Beliau turut menggesa pihak polis mengambil tindakan tegas, dengan menyatakan bahawa terdapat individu yang meninggalkan komen menghina Nabi Muhammad SAW pada hantaran tersebut, termasuk menulis perkataan “ham” dalam huruf besar.
“Apabila saudara Harith Iskander membuka ruang agama dijadikan bahan untuk dipersenda, maka pengikut juga akan turut serta dengan meninggalkan komentar yang mempersendakan agama kita. Perkara ini sudah melampau,” kata Shahrol.
Sumber: MalaysiaKini