PKR gantung jawatan Fahmi Zainol serta-merta | The Reporter

PKR gantung jawatan Fahmi Zainol serta-merta

Fahmi Zainol digantung jawatan PKR sementara Rafizi Ramli kekal sebagai ahli.
Gambar: Malaysia Gazette.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Fahmi Zainol, yang didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, digantung serta-merta daripada semua jawatan PKR sehingga kes mahkamahnya selesai.

Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh memaklumkan, perkara berkaitan jawatan beliau di kerajaan negeri, surat akan diutuskan kepada YAB Ketua Menteri dalam masa terdekat.

Selain itu, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN turut membincangkan surat tunjuk sebab kepada Rafizi Ramli dan jawapan yang telah beliau berikan.

“Parti mengambil maklum bahawa Rafizi kekal sebagai ahli, namun menegaskan agar beliau sentiasa mematuhi perlembagaan, kod tata etika, dan disiplin parti sebagai tanda kesetiaan,” katanya.

Baca juga:

Dalam perkembangan politik nasional, MPP dimaklumkan bahawa Perdana Menteri akan membawa usul tergempar ke Dewan Rakyat pada Isnin ini, bagi mengecam serangan kejam Israel dan sekutunya ke atas Iran.

Berhubung keanggotaan, PKR telah menerima 14,225 anggota baharu bagi tempoh Oktober 2025 hingga Januari 2026.

“Antara anggota baharu termasuk sdr Dr Sani Araby Salim Araby, Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), dan sdr Hidayat Abdullah, Pengurus Strategik MAPIM,” ujarnya.

MPP juga telah memutuskan pelantikan sdr Chiew Choon Man, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, sebagai ahli ex officio MPP, serta sdr Muhd Haris Mohd Ismail (PU Haris) sebagai Timbalan Pengerusi Biro Agama.

Related Posts