Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tular di aplikasi Threads, video rakaman siaran langsung seorang pempengaruh yang mendakwa memperoleh pinjaman atau tajaan daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui kuota khas.
Ketika menjawab pertanyaan netizen, pempengaruh berkenaan yang merupakan bekas isteri kepada seorang pelakon mendakwa mendapat ‘keistimewaan’ tersebut kerana ibu bapanya merupakan staf agensi berkenaan.
“Saya ambil untuk alumni MARA. Mak ayah saya kerja di MARA. Mereka ada kuota untuk anak-anak MARA sahaja,” katanya.
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya menyelidik terlebih dahulu sebelum melontarkan kritikan terhadap dirinya.
“Kena kaji sampai habis. Saya dah duduk sini, dah masuk kelas. Sepatutnya kena kaji dulu. MARA ada sediakan pinjaman untuk anak-anak MARA, untuk anak-anak kakitangan yang dah pencen.
“Saya yang hidup kat sini. Jangan hasad dengki,” katanya lagi.
Pempengaruh itu turut memaklumkan bahawa anak-anak staf MARA diberi keistimewaan memohon pinjaman secara manual, berbanding pemohon lain yang perlu mengisi permohonan secara dalam talian.
“Kami pula ada bahagian lain untuk mohon pinjaman MARA,” jelasnya.
Namun begitu, menerusi tangkap layar maklum balas yang dikongsikan oleh pengguna media sosial, pihak MARA menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa semua permohonan wajib dilakukan secara dalam talian.

Maklum balas rasmi tersebut turut menyatakan bahawa maklumat yang dikemukakan oleh pempengaruh berkenaan adalah tidak tepat.

Sementara itu, beberapa individu turut memetik nama Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki untuk meminta pencerahan isu ini.
Sumber: Thread








