Pesawat Jeju Air terhempas di Korea Selatan, 28 maut | The Reporter

Pesawat Jeju Air terhempas di Korea Selatan, 28 maut

Nahas pesawat Jeju Air
Sumber gambar: Yonhap

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Sekurang-kurangnya 28 individu dilaporkan maut dalam nahas pesawat Jeju Air yang membawa 181 orang di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan, menurut laporan Yonhap.

Pesawat tersebut, yang membawa 175 penumpang dan enam kru, terkeluar dari landasan dan merempuh pagar semasa mendarat setelah berlepas dari Bangkok, Thailand.

Laporan awal menyebut, dua mangsa ditemukan masih hidup ketika usaha menyelamat diteruskan.

Foto yang dikongsikan media tempatan menunjukkan asap tebal keluar dari pesawat. Pihak bomba memaklumkan kebakaran berjaya dipadamkan, dan operasi menyelamat tertumpu di bahagian ekor pesawat.

Menurut laporan, kerosakan pada gear pendaratan dipercayai menjadi punca nahas ini, berkemungkinan akibat pertembungan dengan burung. Wakil Jeju Air menyatakan bahawa syarikat penerbangan sedang menyiasat laporan tersebut.

Pemangku Presiden Korea Selatan, Choi Sang-mok, telah mengarahkan usaha penuh dilakukan dalam operasi menyelamat. Lapangan Terbang Antarabangsa Muan terletak kira-kira 288 kilometer dari ibu negara Seoul.

Sumber: BBC News, ABC

Related Posts